Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Lelah ku tidak ke mana

Imej
Perjalanan hidup ini menduga ku Sukar untuk diluahkan dalam sebuah tulisan Kecuali berpeluang merasai Sungguh lelah ku di kota Merindui warga kampung Mata ku kekadang penat untuk melihat sekeliling Aku tak rindui waktu dulu Tiada apa yang indah ketika dulu Demi meneruskan hidup Ku cari rezeki Allah Ku rempuh segala ujian hidup Ku masih bernafas untuk bekerja Pernah ku kecewa  Harapan yang aku impikan menjadi duka Sehingga aku rasa mungkin tak perlu berharap lagi Hati ini sungguh kecewa dengan segala keputusan Ku tak membenci Tapi ku mahu diam bila tiba waktunya Ketika tadi Lamunan ku terhenti di lorong smartag tol Kenapa boleh aku lupa letak smartag di atas dashboard Fikiran ku penuh dan padat  Lalu ku berhenti di tepi lebuhraya Menghembuskan nafas yang panjang Aku terlalu lelah Menghadapi hidup Ingin aku  Memegang tangan seseorang Baring di atas rumput Melihat langit yang putih kebiruan Cukup itu.

Hai.. saya update blog huhu

Imej
Salam buat semua.. Ini bebetul serius nak ngaku yang tetiba ada perasaan malu masa update blog.. yela.. macam dah mati plak zaman keblogan.. hehehe sebenarnya sambil mengupdate blog di kerusi urut aeon.. hehehee dasyat tak??? Hahaha.. Hari jadual memang pack gegiler.. keje kat site memang tak pernah siapa selagi projek tak habis.. pastu tergesa-gesa gi pejabat pos, jumpa customer dan sekarang tengah tunggu wayang kat ioi.. Tak sabar esok nak cuti panjang.. yeyyyy.. Oklah.. kite dah pening nak fikir sal warna pelamin dan baju sanding.. baju nikah memang dah decided.. tapi warna2 utama ni susah sikit.. haishhh.. serius.. memang tak tahu.. belah sana dah menanya nak letak hantaran bape.. alamak.. Sebenarnya aku la paling tak kesah bab hantaran asalakan duit kenduri cukup.. acececece.. Betul laaa.. Ok laa.. lain kali sambung.. bye.. AD

Buat Suhaila

Imej
Suhaila..   Kenapa kau bersedih Sedangkan Allah sedang menguji mu Niat mu murni besar hajatnya Tapi mereka tak suka sebuah silaturrahim Anggapan mereka yang tertutup itu tetap tertutup   Yang menyusahkan itu terus menyusahkan hidup mereka Sedangkan mereka lupa Allah jadi manusia semua sama disisiNya Tak usahlah kau membenci mereka   Kau cermin diri kau sama seperti mereka cermin diri mereka Tetap nampak kau hanya manusia biasa Dan mati tetap bertemu Allah   Suhaila.. Pujuk hatimu sendiri Bukan salahmu ditemukan orang-orang sebegitu Untuk kau tahu manusia itu pelbagai ragam Rambut sama hitam tapi belum tentu baunya harum Mungkin kau penyedar buat mereka Kerana walaupun dihina, kau tetap tidak hina kembali Kau sudah cuba lafazkan apa kau rasa Allah lihat kau berusaha untuk cuba sedaya upaya   Untuk orang faham apa yang kau cuba sampaikan   Tapi mereka keras jiwa dan ego Kata-kata kau hanya makanan ringan bagi mereka Setelah makan lapar kembali Tiada khasi

Hati ku belum mati

Imej
Memang menulis di sini terapi buat aku =) Tiada yang lebih memgembirakan hati bila dapat peluang meluahkan apa yang tersimpan Hati ini terlalu jujur dan sukar untuk menerima kekalahan Sebuah kemenangan itu memang indah Tapi ia cabarannya menyakitkan Dalam hidup ini Tak semua yang kita impikan jadi nyata Aku sendiri pun masih tercari-cari erti hidup Dan satu benda aku pelajari di akhir bab ini Aku mungkin tak layak untuk mengasihi atau dikasihi seseorang Lagipun Tuhan berikan aku orang-orang yang berlawan arus dengan jiwa aku Tiada satu pun yang memahami aku Dan mereka tetap lelaki yang tidak pernah menerima aku seadanya Takpela, mungkin tiada lagi selepas ini Lebih baik aku berputus asa sebelum ia mematikan jiwa aku Aku terlalu sayang pada hati aku Tak mungkin aku akan biarkan ia mati sebegitu

Hanya tinggal secebis hati untuknya

Imej
Kerna cintaku dan cintamu Sememangnya satu cinta Takkan terpisah Terjaga dari tidur itu membuatkan saya terasa kesunyian di pagi hari Lalu aku menulis dan pusingkan lagu black 'takkan terpisah'  ........................................................................................................... Awak Kenapa hati awak resah setiap kali ia berlaku Maafkan saya kerana sentiasa mahukan hubungan yang sempurna Saya pun tidak menyangka banyak perbezaan pandangan kita berdua dalam sebuah hubungan yang sempurna itu Awak begitu Saya begini Cinta awak umpama dibarat Moden, professional dan matang Cinta saya umpama ditimur Klasik, jumud dan kolot Lama kelamaan lebih banyak kata-kata yang boleh membunuh jiwa saya Sedangkan saya hanya lakukan kesalahan yang sama sahaja Mungkin kata-kata dari awak selepas ini adalah kata-kata terakhir yang saya akan dengar Awak Kenapa menyalahkan jodoh di dunia ini Kenapa awak merungut kehadiran saya sebegini Kalau awak rasa te

Pejabat Pos Malaysia servis paling teruk

Imej
Salam.. Ni cerita beberapa hari lepas tapi hari ini baru sempat nak update blog.. Cerita ni tak beberapa best nak kongsi sebab aku rasa nak makan orang.. Korang baca tajuk pun dah tahu kan macam mana.. Geram jer.. Errrrrrr.. Kaunter ada 4 tapi buka 2 saja.. Tak sistematik plak tu.. Kalau aku datang nak pos barang seketul je kena tunggu 3 jam.. Boleh tak asingkan mana yang kaunter yang nak buat lesen, bayar bil, beli setem dan pos barang.. Kalau campur aduk macam ni, mana tak marah semua orang.. Lagi satu dah nampak orang ramai, silalah rajin sikit pekerja buka kaunter baru.. Ni bukan sekali tau nak marah.. Tapi zaman belajar sampai sekarang service memang out la.. Nasib baik sekarang service poslaju dah ok.. Cuma mahal sikit.. hehehe.. So, sebagai pengguna.. aku nak luahkan pada pihak berkenaan.. Sila ambil tindakan sebab saya pun kesian tengok pakcik-pakcik tua yang merungut kat situ.. Jangan saya dengar lagi 'alahai, kaunter buka 2 je, orang ramai, dari dulu samp

Rindu bertaut kembali

Imej
Rindunya nak menulis diari..... banyak benda nak share...... Tapi sibuk dengan kerja.. terlampau takda masa untuk diari ni..... Alahaiiiiii.. Rindunya..

Patah hati

Imej
P/s : ini bukan masalah aku dengan teman lelaki..  tapi......... masalah lain yang sukar untuk dibicara.. 

Penolak troli di pagi hari

Sesudah subuh tadi. Aku ke kekereta untuk mengambil gps. Kena cas sebab nak berjalan jauh hari ini. Di kereta ada kucin mengeow makanan. Ku berikannya wiskes. Kemudian ku naiki tangga ke tingkat satu rumah ku. bunyi macam ada troli bergerak menghala ke lif. lalu ku lihat. Jeng jeng jeng. Seorang budak lelaki darjah 4 agaknya sedang menolak troli pasaraya ke lift. Dia memang budak bukan hantu. Trolinya penuh dengan jualan nasi lemak ibunya. Pasti dia bangun seawal pagi untuk membantu ibunya menjual nasi lemak. Ku cuma senyum padanya.  Apakah nasib si penolak troli itu? Ia tak sama dengan kehidupan kanak2 lain. Kanak2 lain masih tidur ketika ini kerana kepenatan bermain menyambut kemerdekaan semalam. Tapi dia seorang penolak troli yang pasti disuruh ibunya tidur awal kerana esok pagi dia kena menolong ibunya menjual nasi lemak. Masih adakah nasib manusia seperti itu walaupun di kota? Apakah nasibnya selepas ini.? Ku doakan ia menjadi seorang yang berjaya suat

Akulah pesalah

Detik 31 ogos malam ini ku menulis Sebuah puisi orang bodoh Kebudak budakan tiada unsur kematangan Memberitahu satu rahsia Dia baik tapi dia jahat Kejahatan dia sengaja butakan Sedaya upaya dia cuba putarkan Agar nampak baik didepan mereka Dia merana seorang diri Murah airmatanya Tak peduli walaupun tiada bersimpati Dia suka melihat mereka senyum gembira Tapi dia sukar dapatinya Hidupnya kucar kacir Dia cuba baiki dan ikut caranya Tapi tiada seorang pun berkenan Tiada seorang mahu bantunya Walaupun dia suka bantu orang Nampak mukanya kepenatan Bukan kerana kerja tetapi kerana berdendam Seorang penakut dengan kesalahan Banyak kesalahannya sebenarnya Cuma dia tak nampak Tiada orang yang tak bersalah nak beritahunya Sehingga seseorang suruh cermin diri sendiri Dia mula merasakan dianya tiada guna Kesedaran itu mula muncul Dia keliru Dia sedih kerana dia adalah dia Dia itu aku Akulah pesalah Maafkan aku.. aku mahu lari dari segalanya.. Tuhan.. ambil aku jik

Tunduk walaupun benar

Imej
Langit tak selalunya cerah.. Kerana Allah tahu ku akan telan segala yang pahit.. menerima segala yang silap.. walaupun mulut ku berbisa.. mempersoalan kesilapan sesorang tetapi Allah tahu ku mampu lagi terimanya.. Allah tahu ku mampu menelan kekasaran, mengalah dan bertahan.. bertahun airmata ini jatuh tiada simpati.. siapa kesah.. siapa peduli.. setiap saat salah dalam hidup sesiapa.. kekadang datang ketakutan untuk membuat keputusan sendiri.. lepas keadaan kembali pulih, ku nampak sinar baru dalam hidup.. ku cuba buat keputasan sendiri lagi.. tapi terpaksa menelan kesakitan lagi..  ia cuma bayang hitam.. dengan telunjuknya ku ikut.. ku terima segalanya.. tak pernah berubah walaupun untuk aku..  sehingga ku menjadi sehina-hina manusia di sisi mereka yang mengenalinya.. setiap kekasaranku.. dikatanya 'kau percaya pada Allah? jika percaya, minta padaNya'.. setiap kekasarannya hanya airmata ini jatuh membasahi sujudku.. kenapa tidak kau pula meminta pada Allah agar ku m

Cinta aku

Imej
Nasib malang sering menjadi teman hidupku Kerana nasib itu ku belajar erti kehidupan Difikirkan Orang lain tak mampu seperti aku Sungguh derita peristiwa lalu Hadapi kesan hingga saat ini Gelap Ada indah di merata memori Tapi kepahitan terselit masuk Benci dan dendam Penuh di dada Kesukaran untuk melepaskannya Kekadang berdendam dengan diri sendiri Benci teramat kisah diri Aku Yang pasti aku Tetap aku Cinta aku Hanya aku

Baju raya 1 Syawal

Imej
Ramadhan ke 25.. Sudah hampir pada hari kemenangan umat Islam.. MasyaAllah.. sungguh cepat masa berlalu.. Sayu hati mendengar lagu raya di corong radio.. Apatah lagi takbir raya yang bakal didengari oleh semua umat Islam.. Berlalu pergi malam-malam keberkatan yang ditunggu-tunggu selama ini.. Lailatuqadar tetap malam rahsia.. Kalau malam ini hidup seperti hari raya.. Belum tentu malam-malam di bulan lain sama seperti ini.. MasyaAllah, hibanya rasa.. Tarawih yang kan ku rindui.. Bulan keberkatan yang ku impikan.. Belum pasti ku akan temui lagi.. Kerna nadi ku boleh berhenti bila-bila masa sahaja.. 1 Syawal bakal tiba.. Tiada sambutan besar-besaran dari ku pada hari itu.. Hanya impikan dapat bersama keluarga tercinta.. Memakai busana yang sederhana..  Hasil upah jahitan mak saudara ku.. Sambil ku niat sedekah buat mereka sekeluarga.. Sungguh berlainan tahun ini sambutan aidifitri ku.. Serba sederhana buat ku.. Moga merasakan perasaan 1

Ramadan bulan penilaian diri

Imej
Bulan yang iblis tiada ni la bulan ujian buat manusia mengenal diri sendiri samada dekat pada Allah atau jauh pada Allah.. jika kita berusaha merebut melakukan ibadah pada Allah di dalam bulan ini, maka menunjukkan manusia itu berusaha untuk berubah diri sepenuhnya ke arah kebaikan.. insyaAllah, Allah nampak usaha itu.. tapi jika manusia hanya leka dan menunggu ramadhan akan datang untuk melakukan ibadah, maka manusia itu bakal menjadi kawan si iblis di neraka kelak.. kerana sebelum bulan ini datang, iblis sudah tinggalkan wasiat buat manusia, alangkah gembiranya mereka melihat manusia yang masih mengikutinya walaupun mereka dikurung ketika di bulan ini..  ~Mahukah kita membuat Nabi Muhammad mengalirkan airmata lagi ketika melihat umatnya menjadi peganti iblis di bulan ini? ~Mahukah kita menjadi manusia yang tidak bersyukur dan sombong dengan peluang, pahala yg berlipat ganda Allah mahu berikan? MasyaAllah.. Renung-renungkan..

Cara hilangkan jerawat dan kulit kusam menggunakan Sabun Significant Skin Care dan Sabun Gluta Kojic

Imej
Assalamualaikum.. hai korang.. makin hari terasa makin tua.. betul tak.. terutama diri saya yang masih belum berkahwin ni.. bujang terlajak sudah.. hehe.. waktu kerja saya juga membataskan saya untuk mensolekkan diri kerana saya kerja di tempat yang panas.. kalau pakai makeup yang banyak bahan kima tu.. make up boleh cair ma.. dan sedikit bahaya pada kulit muka.. boleh menyebabkan kedutan, jerawat, jeragat yang berparut dan kusam .. jadi, sungguh bertuah korang hari ini sebab saya dah ada sedikit masa lapang untuk kongsi dengan korang tips-tips yang tak seberapa la.. Sebabkan banyak yang saya nak terangkan nanti.. jadi, saya buat ia jadi 1 post untuk setiap step.. boleh?? lebih senang kan.. tapi sebelum tu saya nak tunjuk secara keseluruhan atau secara ringkas apa rutin harian saya.. yang paling ringkas dan saya gunakan setiap hari.. Ini adalah tips ringkas yg saya kepilkan pada semua customer yg beli produk dengan saya.. sedikit untuk panduan semua..  Step pertama yang pal

Sabun Gluta Kojic Baru

Imej
Drop-ship stokis for Bestbuybeauty Plaza in Selangor and Kuala Lumpur area. PM UNTUK HARGA MURAH!!!  ----->   https://www.facebook.com/SignificantSkinCare/info Sumber : Bestbuybeautyplaza Sumber : Bestbuybeautyplaza SABUN GLUTATHIONE COLLAGEN 100 GRAM FORMULA TERBAIK + KESAN MENAKJUBKAN (GABUNGAN COLLAGEN & GLUTATHIONE) KELULUSAN ANTARABANGSA BFAD (Bureu of Food and Drugs) BIRO DADAH DAN UBAT ANTARABANGSA RDII-MM-CT-0492 Kelebihan: Mengecutkan jerawat dalam masa 1 - 2 minggu Memudarkan & menghilangkan parut & cela Mengurangkan & menyelesaikan masalah pigmentasi @ jeragat Mengurangkan kedutan Mencerahkan kulit yang kusam/gelap Menyamaratakan tona kulit yang tidak sekata Mencerahkan kulit dicelah2 lipatan Boleh digunakan untuk muka & badan Memberi kelembapan yang sempurna Penggunaan berterusan akan membuat kulit lebih bersinar & bermaya tanpa solekan yang tebal Bahan Kandungan yang terdapat dalam sabun ini:- GLUTATHIONE

Modest Culture by Prof Muhaya

Imej
Kasih Ibu tiada akhirnya.. InsyaAllah akan ku jadi seorang anak yang terbaik buat ibuku.. Meskipun ku tahu mana kelemahan ku.. Amin.. Hari minggu ni kena cuba terjah ke butiknya di Kajang tu la.. huhuu.. Sesiapa yang berminat sama.. boleh ke website terus  http://modestculture.com/

Insaflah wahai masyarakat

Semua pakat nak jadi Mak Jemah sekarang.. Huhuhuhuuu.. Assalamualaikum.. salam ramadhan buat muslimat semua.. sungguh hari ini saya rasa terkilan dengan segelintir masyarakat yang suka menjaga tepi kain orang.. sekarang dunia IT, skop menjaga tepi kain orang tu luas ertinya.. bukan sibuk hal rumah tangga orang sahaja.. tapi meliputi semua aspek.. sebab tu orang cakap, sibuk sangat nak jaga tepi kain orang.. sedangkan kain sendiri yang carik tak terjahit.. Saya bosan nak tengok Facebook kekadang.. bila saya ada masa untuk tengok status update di facebook, saya puas scroll sampai bawah tapi macam orang sama je yang rajin update.. mereka seolah-olah 24 jam bersama facebook.. agaknya masa nak basuh kencing pun sebelah tangan pegang handphone kot..  Ingat tak dulu, tahun 2007 macam tu, facebook tu artis jer main sebab masyarakat biasa main friendster jer.. tak pun my space atau tagged.. tapi tagged sekarang dah jadi laman sosial lucah.. kalau kesunyian atau gersang nak mamp

Ku cemburu.. Ku mahu jadi kekasih Allah juga.. ^_^

Imej
Sesungguhnya ku memaksa diri ku untuk memilihMu.. Kaulah kekasih sebenarKu.. Ya Allah Ya Tuhan ku.. Semoga dimakbulkan segala doa-doa ku.. amin.. insyaAllah.. Saya sangat cemburu dengan wanita yang dekat dengan Allah swt.. saya pun nak juga..  Ceramah dah abis.. terawih sat..

Sayanglah jika Islam hanya pada nama

Imej
Assalamualaikum.. Macam mana ibadah puasa korang semua tahun ni?? saya tengok ramai kekawan saya update status mereka.. 'alhamdulillah, berpuasa sebagai isteri tahun ni'.. seronok tengok kawan-kawan yang dah mendirikan rumah tangga.. tahniah korang.. rasa sebak plak sebab terasa diri tua dah.. huhuhu.. Ok.. berkenaan tajuk di atas tu.. kenapa susah sangat orang nak memahami Islam itu.. terutama orang bukan Islam.. jawapannya mudah sajer.. kerana kita tak pernah tunjuk Islam sebenar tu macam mana.. yang kita tahu saban hari kita terlalu ke arah kebaratan.. mengikut-ngikut cara budaya orang bukan Islam.. Saya bekerja di tapak pembinaan dan dikelilingi kaum cina.. mereka sering tanya saya kenapa saya pakai tudung.. kenapa saya berpuasa.. kenapa saya sembahyang banyak-banyak.. macam-macam mereka tanya.. dan ada juga soalan yang sukar untuk jawab pabila orang Islam kita lupa agama mereka.. antara soalannya kenapa ada melayu macam saya minum arak, tak pakai tudung, tidur

Kerana rahsia itu hanya pada ku dan Tuhan

Teringin sebentar Melihat dunia di tangan Senyum dan ketawa seperti mereka sekarang Bertepuk tangan bersama-sama Bersikap seperti monyet-monyet hitam Sayang sekali jika dilepaskan Peluang datang hanya sekali Inilah masanya sudah tiba Untuk membuat mereka jatuh Lumpuh tanpa mampu berkata Keji sungguh jiwa ini Mana datang sifat itu Hilang sudah simpati Tinggal cuma dendam Akan dibalas secepat mungkin Tiada istilah tenang kalau sudah salah Tiada istilah redha kalau sudah kalah Tapi mereka masih berpura-pura betul Kerana hanya monyet-monyet hitam akan tertipu Dengan penipu semulajadi Bayangkan jika rahsia itu terbongkar Berbuktikan kebenaran di alam maya Sudah bersedia menutup malu? Tak sabar melihat ia berlaku Di depan mata semua belah pihaknya Bunuhlah penyimpan rahsia Hapuskanlah bukti yang ada Sekejam itu hati manusia Kerana memang wujud golongan itu Menghitamkan kebenaran menegakkan kesalahan Rahsia.. Kerana Tuhan beri pada insan yang benar untuk

Baju buruk di sana

Imej
Baju buruk di sana Yang telah dipakai dan dibuang Dikutip kembali Jahit tempat koyaknya Cantik rupanya kembali Dipakai oleh tuannya Sesuai dan berhajat untuk simpan lama Baju buruk sudah baru di sana Lupa dirinya dulu buruk Sekarang dijahit elok Sayangkan tuannya Malang tuannya tidak sedari Baju buruk jahitannya dipakai orang lain Kahsian tuan asal baju buruk itu Baju buruk sudah baru sudah lupa di sana Rahsianya hampir terbongkar Lalu dibela dirinya dahulu Takut akan kecurangan itu diketahui Dibuang tuannya Malah dikoyak jahitannya Pasti ia jadi baju buruk yang buruk di sana kembali Nukilan S.Suhaila Radenan

Tak pernah serik

Bila ku tenang kau pergunakan aku.. Bila ku bising kau mula singkirkan aku.. Cuba jelaskan di mana harus ku berpijak.. ................................. Ku cuba jaga hubungan itu, Tetapi, secara halus kau meruntuhkan hubungan itu.. Apa salah ku lagi? Ku serba kurang, kerana itu susah kau menerima aku.. Tetapi, kekurangan ku.. tak pernah ku membelakangi mu.. Ku tak cuba mengambil topeng dan berselindung di belakang topeng.. Segala keburukan ku, ku tunjuk pada mu agar kau tahu aku serba kurang.. Kurang ilmu..

Jangan sengaja buat bodoh sedangkan bijak berfikir

Imej

Kerana sebuah pandangan mata

Imej

Mereka

Imej
Mereka Datang ketika ku sedang senang Mereka Bersama ku ketika perlu Mereka Pelakon terbaik merayu bantuan Mereka Wajib perlukan aku kala susah Mereka Jadikan si ceti yang halal Mereka Letak aku sebagai penyelesaian masalah Mereka Tak pernah silap kerana aku selalu salah Mereka Lupa kewujudan aku bila senang Mereka Bukan alasan yang diberi tapi sikap tak endah terus diberikan Mereka Takda rasa sikit pun untuk kongsi apa ku rasa Mereka Tinggalkan aku sendirian Mereka Lupa aku ada airmata sama seperti mereka Mereka Anggap aku tak punyai hati dan perasaan Mereka Tahu aku cuma penulis blog dan takkan mencari mereka ketika perlu Kamukah mereka itu?

Makbulkan doa ku

Imej
Ya Maha Pencipta sekian alam, Ampunkan segala dosa ku Jagalah diri ku sebagaimana Kau menjaga orang-orang beriman yang lain Dekatkanlah hati ku pada Mu Aku merindui Nabi ku, Muhammad Ya Allah Ya Tuhan ku Telah ku temui jodohku Diakah yang ku cari selama ini Ya Allah Terima kasih kerana memberi jodoh serupa sifat dengan ku Walaupun kehidupan dia sangat berbeza dengan kehidupan ku Ku terima segala pemberian Mu Tetapi ku merayu Ya Allah Berikan dia kekuatan untuk menjaga ku dan keluarga ku Berikan dia pentujuk jika dia gagal menjalankan tugasnya Berikan dia ketenangan jika musibah besar menimpa ke atasnya Berikan dia peluang untuk menjadi imam yang baik buat ku dan keturunan ku Ya Allah  Jika hari ini ku merasa bahagia Berikan rasa yang sama pada hamba yang lain Jika hari esok ku lebih bahagia Berikan rasa yang sama pada hamba yang lain Dan jika aku bersedih suatu hari nanti Teruskan berikan kebahagian buat hamba yang lain Ampunkan segala dosa ku Aku tak sabar

Perubahan adalah sebuah kemaafan

Imej
Pernah awak membuat hati saya hancur Ketika itu, saya marahkan diri saya kerana mahu bersama awak Saya menyesal kenali awak Sehingga saya meluahkan kata-kata yang sangat hina 'jika tulang rusuk ini abang punya, su nak suruh doktor buang, mesti takda jodoh kita dah kan' Bergitu sekali saya marah pada diri saya Saya masih dengan awak Melalui hari-hari yang sukar bersama awak Menghadap orang-orang yang menyakitkan hati saya Ayat terbaru untuk hati saya 'apa boleh buat' Saya hilang rasa kasihan pada manusia Saya benci dengan manusia yang menzalimi dirinya kerana sebuah cinta manusia lain Walaupun hidup sebuah drama Jangan kita cuba untuk jadi pelakon yang terbaik Tetapi jadilah seorang khalifah yang betul wujud di alam dunia yang sementara ini Hari yang berlalu akan terus berlalu Biarkan ia pergi bersama-sama mereka yang masih memikirkannya Saya sudah terlalu penat dan nazak mengenangkan segala yang berlaku Malas mahu ambil peduli tentang orang lai

Alhamdulillah dengan kehidupan yang lebih baik sekarang

Imej
Assalamualaikum.. Salam buat semua.. semalam pergi pejabat pos untuk pos barang, faham jela kalau pergi hari Jumaat mesti beratur panjang.. bila saya sampai je kat tempat ambil nombor, ada budak kecil hulurkan sekeping kertas yang bernombor.. saya pada mulanya ingatkan nombor semalam sekali tilik, nombor hari ini.. sekali dipanggil nombor yang baru saya dapat tu.. terus ke kaunter.. syukur sangat sebab dipermudahkan segala urusan hari semalam.. sukanya rasa.. hehehe.. Hati saya resah sebenarnya, banyak perkara saya fikirkan.. terutama bab duit.. ia seperti bermain-main dalam fikiran.. banyaknya nak guna duit.. risau plak kalau tak mampu nak sara hidup.. banyak benda nak kena selesaikan.. tapi saya cuba satu persatu untuk selesaikannya dengan baik.. doakan saya.. Mari dengar cerita.. pada suatu hari........ =P Saya sedang dalam proses nak ambil sebuah kereta di bawah nama saya sendiri.. keluarga saya sederhana sahaja, tak mampu untuk semua memiliki kereta lagi.. sek

Habbatus Sauda

Imej
Assalamualaikum.. Rasulullah bersabda :  “Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam habbatus sauda’  terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.” (HR. Muslim) Terus terang saya kata, saya tak suka amalkan minuman yang berkhasiat dan kecantikan.. saya bukan jenis yang rajin untuk bancuh minuman berkhasiat.. hehe.. kesibukan kerja membuatkan manusia jenis saya ni tak rajin untuk ke dapur pergi panaskan air dan bancuh minuman semata-mata.. disebabkan juga saya masih bujang.. masa memihak kepada badan untuk tidur dengan cepat.. oleh sebab itu, saya makan supplement yang mudah untuk ditelan macam telan ubat waktu sakit.. saya ambil vit C dian'z dan habbatus sauda..bila berpuasa saya takkan ambil sebarang supplement kerana badan saya kurang air waktu tu.. jadi, lepas berbuka baru saya akan ambilnya.. sekali sehari jela dalam bulan puasa nanti.. Sedikit nasihat atau tips untuk anda yang mengamalkan pemakanan yang sihat seperti ubat-ubatan, susuan dan pelansing

Significant Skin Care - Latest Update

Imej
Pengumuman buat semua pengguna dan pengedar Significant Skin Care di bawah saya. SSC SUDAH KEHABISAN STOK . Pengasas SSC sedang dalam proses menambahkan formula baru dalam produk SSC dan menghantar ke makmal untuk semakan sekali lagi sebelum diedarkan pada semua pengguna serta pengedar.. Di maklumkan langkah ini adalah untuk menambahbaikan produk dan lebih selamat digunakan.. Ia juga supaya tiada kekeliruan menyamakan produk SSC dengan mana-mana produk lain yang berada di pasaran.. Untuk pengetahuan semua, setiap produk mempunyai kandungan dan formula yang berlainan.. Jenis atau rupa krim dan sabun sama keran bahan mentah asal adalah sama. Terus dimasukkan ke dalam makmal untuk proses menghasilkan satu jenama produk yang berkualiti.. Oleh sebab itu, setiap produk mempunyai kandungan yang berbeza.. Untuk langkah berjaga-jaga, psatikan pengguna mendapat produk yang original dari pengedar atau stokis.. Ini kerana sifat manusia yang dengki akan merosakkan nama baik produk. Sebagai conto

Pabila kita mati

Di dunia kita bermusuhan sehingga mengharamkan musuh menyentuh kita.. Pabila kita mati..  Mana tahu musuh kita mandikan, sembahyangkan, mengusung jenazah kita ke liang lahat.. Maka, beringatlah..

Tulisan manusia

Memang manusia menulis simpati diri Biar menangis pembaca sekalian Seharusnya semua tahu kebenaran Tentang hidup yang malang Menulis segala yang nampak Terlupa babak yang tidak menyebelahi diri Bagi pasti lebih menyedihkan Dari awal hingga akhir tulisan Segala yang berkasih dengannya dijaga tulisan Memerli pada yang wajib diperli Mengata diri adalah berdosa untuk simpati Insan mulia sebagai perlian Lupa tulisan lain Ada yang tertinggal di banyak rangkap Kerana tulisan hanya untuk hari kejadian Tak menahu sebelum kejadian Kalam Tuhan tiada tulisan yang tertinggal Kalam manusia lahir bukan dari hati mulia Tulisan kebenaran tulisan wajib Menagih kepercayaan pembaca Berkata diri hina Harap pembaca menyalahkan selain penulis Biar nampak realiti Dari lihat naluri s.suhaila