Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Renungan

Penolak troli di pagi hari

Sesudah subuh tadi. Aku ke kekereta untuk mengambil gps. Kena cas sebab nak berjalan jauh hari ini. Di kereta ada kucin mengeow makanan. Ku berikannya wiskes. Kemudian ku naiki tangga ke tingkat satu rumah ku. bunyi macam ada troli bergerak menghala ke lif. lalu ku lihat. Jeng jeng jeng. Seorang budak lelaki darjah 4 agaknya sedang menolak troli pasaraya ke lift. Dia memang budak bukan hantu. Trolinya penuh dengan jualan nasi lemak ibunya. Pasti dia bangun seawal pagi untuk membantu ibunya menjual nasi lemak. Ku cuma senyum padanya.  Apakah nasib si penolak troli itu? Ia tak sama dengan kehidupan kanak2 lain. Kanak2 lain masih tidur ketika ini kerana kepenatan bermain menyambut kemerdekaan semalam. Tapi dia seorang penolak troli yang pasti disuruh ibunya tidur awal kerana esok pagi dia kena menolong ibunya menjual nasi lemak. Masih adakah nasib manusia seperti itu walaupun di kota? Apakah nasibnya selepas ini.? Ku doakan ia menjadi seorang yang berjaya ...

Baju raya 1 Syawal

Imej
Ramadhan ke 25.. Sudah hampir pada hari kemenangan umat Islam.. MasyaAllah.. sungguh cepat masa berlalu.. Sayu hati mendengar lagu raya di corong radio.. Apatah lagi takbir raya yang bakal didengari oleh semua umat Islam.. Berlalu pergi malam-malam keberkatan yang ditunggu-tunggu selama ini.. Lailatuqadar tetap malam rahsia.. Kalau malam ini hidup seperti hari raya.. Belum tentu malam-malam di bulan lain sama seperti ini.. MasyaAllah, hibanya rasa.. Tarawih yang kan ku rindui.. Bulan keberkatan yang ku impikan.. Belum pasti ku akan temui lagi.. Kerna nadi ku boleh berhenti bila-bila masa sahaja.. 1 Syawal bakal tiba.. Tiada sambutan besar-besaran dari ku pada hari itu.. Hanya impikan dapat bersama keluarga tercinta.. Memakai busana yang sederhana..  Hasil upah jahitan mak saudara ku.. Sambil ku niat sedekah buat mereka sekeluarga.. Sungguh berlainan tahun ini sambutan aidifitri ku.. Serba sederhana buat ku.. Moga merasakan perasa...

Ramadan bulan penilaian diri

Imej
Bulan yang iblis tiada ni la bulan ujian buat manusia mengenal diri sendiri samada dekat pada Allah atau jauh pada Allah.. jika kita berusaha merebut melakukan ibadah pada Allah di dalam bulan ini, maka menunjukkan manusia itu berusaha untuk berubah diri sepenuhnya ke arah kebaikan.. insyaAllah, Allah nampak usaha itu.. tapi jika manusia hanya leka dan menunggu ramadhan akan datang untuk melakukan ibadah, maka manusia itu bakal menjadi kawan si iblis di neraka kelak.. kerana sebelum bulan ini datang, iblis sudah tinggalkan wasiat buat manusia, alangkah gembiranya mereka melihat manusia yang masih mengikutinya walaupun mereka dikurung ketika di bulan ini..  ~Mahukah kita membuat Nabi Muhammad mengalirkan airmata lagi ketika melihat umatnya menjadi peganti iblis di bulan ini? ~Mahukah kita menjadi manusia yang tidak bersyukur dan sombong dengan peluang, pahala yg berlipat ganda Allah mahu berikan? MasyaAllah.. Renung-renungkan..

Insaflah wahai masyarakat

Semua pakat nak jadi Mak Jemah sekarang.. Huhuhuhuuu.. Assalamualaikum.. salam ramadhan buat muslimat semua.. sungguh hari ini saya rasa terkilan dengan segelintir masyarakat yang suka menjaga tepi kain orang.. sekarang dunia IT, skop menjaga tepi kain orang tu luas ertinya.. bukan sibuk hal rumah tangga orang sahaja.. tapi meliputi semua aspek.. sebab tu orang cakap, sibuk sangat nak jaga tepi kain orang.. sedangkan kain sendiri yang carik tak terjahit.. Saya bosan nak tengok Facebook kekadang.. bila saya ada masa untuk tengok status update di facebook, saya puas scroll sampai bawah tapi macam orang sama je yang rajin update.. mereka seolah-olah 24 jam bersama facebook.. agaknya masa nak basuh kencing pun sebelah tangan pegang handphone kot..  Ingat tak dulu, tahun 2007 macam tu, facebook tu artis jer main sebab masyarakat biasa main friendster jer.. tak pun my space atau tagged.. tapi tagged sekarang dah jadi laman sosial lucah.. kalau kesunyian atau gersang nak ...

Ku cemburu.. Ku mahu jadi kekasih Allah juga.. ^_^

Imej
Sesungguhnya ku memaksa diri ku untuk memilihMu.. Kaulah kekasih sebenarKu.. Ya Allah Ya Tuhan ku.. Semoga dimakbulkan segala doa-doa ku.. amin.. insyaAllah.. Saya sangat cemburu dengan wanita yang dekat dengan Allah swt.. saya pun nak juga..  Ceramah dah abis.. terawih sat..

Baju buruk di sana

Imej
Baju buruk di sana Yang telah dipakai dan dibuang Dikutip kembali Jahit tempat koyaknya Cantik rupanya kembali Dipakai oleh tuannya Sesuai dan berhajat untuk simpan lama Baju buruk sudah baru di sana Lupa dirinya dulu buruk Sekarang dijahit elok Sayangkan tuannya Malang tuannya tidak sedari Baju buruk jahitannya dipakai orang lain Kahsian tuan asal baju buruk itu Baju buruk sudah baru sudah lupa di sana Rahsianya hampir terbongkar Lalu dibela dirinya dahulu Takut akan kecurangan itu diketahui Dibuang tuannya Malah dikoyak jahitannya Pasti ia jadi baju buruk yang buruk di sana kembali Nukilan S.Suhaila Radenan

Jangan sengaja buat bodoh sedangkan bijak berfikir

Imej

Kerana sebuah pandangan mata

Imej

Pabila kita mati

Di dunia kita bermusuhan sehingga mengharamkan musuh menyentuh kita.. Pabila kita mati..  Mana tahu musuh kita mandikan, sembahyangkan, mengusung jenazah kita ke liang lahat.. Maka, beringatlah..