Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2023

Hujung 2023

Hari ini, lepas aku kena halau dengan perkataan. ‘Selagi Su tak minta maaf, abang takkan redha’ Aku pun tiba di rumah ibu bapa ku. Setelah aku angkat semua barang dari bonet kereta. Anak-anak pun dah siap masuk rumah. Aku pun nak pergi dobi baju sebab baru balik dari family day mertua. Ada seorang budak umur 6 tahun. Dia pegang dua plastik beg dari kedai runcit, dan dia berhenti seketika. Lalu aku tanya la.  ‘Kenapa tu dik?’  Dia pun jawab ‘takda apa, cuma berat sebab ais.’ Aku tanya lagi. ‘Rumah mana? Kenapa jalan sorang? Marilah acik hantarkan.’ Rumah dia atas sikit, jadi aku pun tumpangkan dia. Sampai rumah dia. Rezeki dia hari ini, kalau tak sampai rumah cair ais, sebab tengah hari panas. Cerita aku pergi dobi plak. Waktu nak dryer. Aku memang dah cop 2 dryer nak keringkan baju aku yang siap basuh tu. Kiranya ada 2 last dryer kosong.  Tiba-tiba ada pasangan suami isteri ni siap baju dia basuh. Dan dia pun dah gelabah kena tunggu dryer. Jadi aku bagi dorang dulu la yg dryer aku satu