Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2015

Iri hati dengan zuriat

Terasa ke.. Maaf la dengan tajuk yang melampau berbangga kan.. Harap dengan tertulis catatan ini.. Masing-masing faham dengan ketentuan masing-masing nanti.. Memang diakui rezeki mendapatkan zuriat dengan cepat tidak pun dirancang.. Paling tak sangka orang panggil bunting pelamin.. Tapi tidakla ketika naik pelamin dah ada baby dalam perut ni ha.. Waktu tu penuh makanan jer.. hahaha.. Kenduri dua-dua belah pihak memang sangat penat wuuuu.. Kalau boleh nak abiskan majlis dan rehat serta tidur.. Bagi aku takdala gelojoh sangat nak menikmati malam pertama tu kan.. Opss.. Usia kandungan aku memang mengelirukan ramai orang.. yela.. Apa tak nya.. seusia berapa hari aku dah berkahwin.. Ingat orang tak tanya ke soalan pelik-pelik pada aku?? Nak nak aku kerja syarikat Cina.. Pandangan dorang macam aku mengandung dulu baru kahwin.. Amboiiii.... sabor jela dengan soalan-soalan gitu.. Astagfirullahalzim.. Kebetulan sebelum akad nikah aku datang period lamb

Dengar bunyi jantung anak ibu

7.5.15 Anak, Semalam ibu pergi check up dengan doktor dekat kpmc puchong lagi.. Macam biasa doktor buat ultrasound scan perut ibu.. Masa 1st scan dulu ibu ingat lagi cuma nampak 1 tompok bulat jer.. kecil.. Sekarang dah 2 bulan usia anak ibu.. Scan dah ada jantung, muka dan badan.. Masih belum sempurna sifatnya tapi anak membesar dengan baik.. Semalam abi tak teman jadi dia tak dapat tengok.. Abi kerja, takpela.. Nanti bulan depan check lagi ibu minta abi temankan ye.. Anak, Doktor Aishah bagi ibu dengar jantung anak berdegup.. Laju bunyinya.. macam tak percaya ada jantung anak dalam perut ibu.. Sekarang ibu ada 2 jantung nak kena jaga la.. hehe.. Hebat tak kuasa Tuhan??.. Ibu tak sabar nak tahu anak punya jantina.. Ibu tak kesah pun anak apa-apa tapi ibu pening la nak letak nama hebat dekat anak ibu ni.. Jadi, anak.. Membesarlah dengan sihat dan sempurna.. Anak kena rajin belajar sampai pandai membaca.. Sebab suatu hari nanti ibu nak anak baca nukilan ibu ni..