Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Penolak troli di pagi hari

Sesudah subuh tadi. Aku ke kekereta untuk mengambil gps. Kena cas sebab nak berjalan jauh hari ini. Di kereta ada kucin mengeow makanan. Ku berikannya wiskes. Kemudian ku naiki tangga ke tingkat satu rumah ku. bunyi macam ada troli bergerak menghala ke lif. lalu ku lihat. Jeng jeng jeng. Seorang budak lelaki darjah 4 agaknya sedang menolak troli pasaraya ke lift. Dia memang budak bukan hantu. Trolinya penuh dengan jualan nasi lemak ibunya. Pasti dia bangun seawal pagi untuk membantu ibunya menjual nasi lemak. Ku cuma senyum padanya.  Apakah nasib si penolak troli itu? Ia tak sama dengan kehidupan kanak2 lain. Kanak2 lain masih tidur ketika ini kerana kepenatan bermain menyambut kemerdekaan semalam. Tapi dia seorang penolak troli yang pasti disuruh ibunya tidur awal kerana esok pagi dia kena menolong ibunya menjual nasi lemak. Masih adakah nasib manusia seperti itu walaupun di kota? Apakah nasibnya selepas ini.? Ku doakan ia menjadi seorang yang berjaya suat

Akulah pesalah

Detik 31 ogos malam ini ku menulis Sebuah puisi orang bodoh Kebudak budakan tiada unsur kematangan Memberitahu satu rahsia Dia baik tapi dia jahat Kejahatan dia sengaja butakan Sedaya upaya dia cuba putarkan Agar nampak baik didepan mereka Dia merana seorang diri Murah airmatanya Tak peduli walaupun tiada bersimpati Dia suka melihat mereka senyum gembira Tapi dia sukar dapatinya Hidupnya kucar kacir Dia cuba baiki dan ikut caranya Tapi tiada seorang pun berkenan Tiada seorang mahu bantunya Walaupun dia suka bantu orang Nampak mukanya kepenatan Bukan kerana kerja tetapi kerana berdendam Seorang penakut dengan kesalahan Banyak kesalahannya sebenarnya Cuma dia tak nampak Tiada orang yang tak bersalah nak beritahunya Sehingga seseorang suruh cermin diri sendiri Dia mula merasakan dianya tiada guna Kesedaran itu mula muncul Dia keliru Dia sedih kerana dia adalah dia Dia itu aku Akulah pesalah Maafkan aku.. aku mahu lari dari segalanya.. Tuhan.. ambil aku jik

Tunduk walaupun benar

Imej
Langit tak selalunya cerah.. Kerana Allah tahu ku akan telan segala yang pahit.. menerima segala yang silap.. walaupun mulut ku berbisa.. mempersoalan kesilapan sesorang tetapi Allah tahu ku mampu lagi terimanya.. Allah tahu ku mampu menelan kekasaran, mengalah dan bertahan.. bertahun airmata ini jatuh tiada simpati.. siapa kesah.. siapa peduli.. setiap saat salah dalam hidup sesiapa.. kekadang datang ketakutan untuk membuat keputusan sendiri.. lepas keadaan kembali pulih, ku nampak sinar baru dalam hidup.. ku cuba buat keputasan sendiri lagi.. tapi terpaksa menelan kesakitan lagi..  ia cuma bayang hitam.. dengan telunjuknya ku ikut.. ku terima segalanya.. tak pernah berubah walaupun untuk aku..  sehingga ku menjadi sehina-hina manusia di sisi mereka yang mengenalinya.. setiap kekasaranku.. dikatanya 'kau percaya pada Allah? jika percaya, minta padaNya'.. setiap kekasarannya hanya airmata ini jatuh membasahi sujudku.. kenapa tidak kau pula meminta pada Allah agar ku m

Cinta aku

Imej
Nasib malang sering menjadi teman hidupku Kerana nasib itu ku belajar erti kehidupan Difikirkan Orang lain tak mampu seperti aku Sungguh derita peristiwa lalu Hadapi kesan hingga saat ini Gelap Ada indah di merata memori Tapi kepahitan terselit masuk Benci dan dendam Penuh di dada Kesukaran untuk melepaskannya Kekadang berdendam dengan diri sendiri Benci teramat kisah diri Aku Yang pasti aku Tetap aku Cinta aku Hanya aku

Baju raya 1 Syawal

Imej
Ramadhan ke 25.. Sudah hampir pada hari kemenangan umat Islam.. MasyaAllah.. sungguh cepat masa berlalu.. Sayu hati mendengar lagu raya di corong radio.. Apatah lagi takbir raya yang bakal didengari oleh semua umat Islam.. Berlalu pergi malam-malam keberkatan yang ditunggu-tunggu selama ini.. Lailatuqadar tetap malam rahsia.. Kalau malam ini hidup seperti hari raya.. Belum tentu malam-malam di bulan lain sama seperti ini.. MasyaAllah, hibanya rasa.. Tarawih yang kan ku rindui.. Bulan keberkatan yang ku impikan.. Belum pasti ku akan temui lagi.. Kerna nadi ku boleh berhenti bila-bila masa sahaja.. 1 Syawal bakal tiba.. Tiada sambutan besar-besaran dari ku pada hari itu.. Hanya impikan dapat bersama keluarga tercinta.. Memakai busana yang sederhana..  Hasil upah jahitan mak saudara ku.. Sambil ku niat sedekah buat mereka sekeluarga.. Sungguh berlainan tahun ini sambutan aidifitri ku.. Serba sederhana buat ku.. Moga merasakan perasaan 1