Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel puisi

Lama sudah tidak bersua

Rasa yang aneh Seperti hilang bayangan Aku bawa diri ketepi Untuk melihat kewujudan Cahaya yang belum malap Dalam dingin hujan turun lebat sekali Sejuk sekali ketika ini Elok jika ada yang sudi memanaskan Agar tidak rasa selesa hilang Bukan hari ini rupanya Menanti hari esok datang lagi Harapan tetap tinggi Ertinya tiada Hanya cebisan yang ada Untuk seketika atau selamanya Keliru Rindu bertalu Tidak ke mana Kenangan suatu kesilapan Masih berdiam antaranya Kita mungkin bersatu Di alam lain

Rindu tiada

Imej
Bila mengharapkan ada yang rindu Rupanya tiada Tiap kali rindu datang Hanya untuk suasana Bukan diri ini Apa mampu bertahan Hanya lebih sabar Hari mendatang mungkin lebih indah Mungkin tidak Jika itu suatu kepuasan Rela dilakukan sebergitu Jika itu suatu keterpaksaan Rela undurkan diri Bahagia yang mu cari Tak mahu seksa dirimu selamanya Lafazkan rasa benci Agar diri ini boleh pergi Pada Tuhan yang lebih menyayangi Sakit tetap perit Hati makan dalam Suratan..

Musuh udara

Imej
Hirup udara segar ketika dahulu Tenang fikiran Seperti bau rumput di pagi hari Bunga kembang pagi cantik kelihatan Sebelum matahari memanaskan bumi Pasti ramai ingin menikmatinya Sungguh tidak enak Ketika tenang diganggu Setempat takpa Bersebaran di udara Lenyap bau segar Ditindani musuh udara Bunga kembang pagi telah dikaburi Pagi itu tidak lagi enak dinikmati Kerana mereka lebih sayangkan mati Dari sihat yang panjang Takpa belum terlambat untuk berubah Meskipun tiada siapa berubah Sedapkan hati sahaja

Seketika terima kasih

Imej
Jika diperlihat dunia yang lain Mungkin bukan aku yang layak Berasa sesuatu yang sukar di depan Beratnya mata untuk bangkit Maafkan aku bukan untukmu Manisnya pertemuan Tiada penghalang untuk bersama Inikan untuk selamanya Hanya perlu menanggung Keresahan hati tiada kesudahan Kerana wujud ikatan tanpa cinta Masih boleh wujud sayang Hanya bermain dengan masa Pula bagaimanamu Sanggup menunggu sesuatu yang tidak mendapat balasan Sudah tiba masa Untuk undur diri Dari semua ini

Berlalu tahunan

2009 kita ditemukan Kita rasa kita mampu susah senang bersama Tahun terus berlalu Pelbagai rintangan telah dilalui Bukan hanya tercela sedikit Malah tiada apa yang tinggal Cinta cuba datang Ia hanya sementara Dan hilang selalu Sukar untuk dicari sesuatu yang pasti Kita masih bersama Tetapi jiwa sudah berbeza Tiada kesabaran lagi Kerana setitik kesilapam Akan wujud suatu kebencian yang mendalam Sudah lima tahun berlalu Kita masih bersama Tidak tahu apa yang tinggal Mungkin hanya rasa simpati Aku masih menanti Suatu yang tidak pasti Sejak lima tahun lagi dihalau pergi Sehingga diri tiada berasa lagi 2014 akan berlalu Aku masih melihat tahun yang sedang berlalu

Tiada bahagia yang dinanti

Imej
Pintu di hentak Maka retak segalanya Tiada siapa yang bahagia Hanya kebencian ada Kerana menurut takdir Ia tiada bahagia Tunggu Tunggu Tunggu untuk apa? Tiada bahagia yang nanti Setia Setia Setia untuk apa? Tiada setia yang nanti Tidur dahulu Nikmati anugerah Tuhan beri Hari baru pasti datang Tapi tiada bahagia yang dinanti