Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Baby.. jom keluar..

Imej
38 minggu.. 3 kg.. Anak selesa sangat membesar dalam perut.. Tak mahu keluar jenguk dunia ke.. Orang lain 37 minggu pun dah bersalin.. Nervous plak ibu rasa.. Baby.. Jom keluar..

Perlu ke scan 3D & 4D bayi?

Imej
Minggu lalu aku pergi scan 4D my baby dalam perut.. Tak rasa nak scan pun sebab tiap bulan aku scan perut tengok baby.. Cuma bezanya 4D ni dia boleh tengok banyak sisi dan lebih jelas wajah baby nampak nanti.. Bagi aku yang jenis super duper jimat sekarang ni.. Rasa scan 4D ni tak payah pun takpa.. hehe Tapi orang sekeliling aku yang asyik duk tanya bila nak scan 3D 4D tu.. Dorang siap-siap perli lagi.. Ala tak sampai 200 ringgit pun, bila lagi.. Anak first kan.. Aku pun pergi la scan sebagai memenuhi syarat pregnant kali pertama.. Kalau orang tanya wajib ke tak.. bagi aku TAK.. Hahahahaaa.. Aku tak suka sangat scan perut sebab doktor akan tekan-tekan perut.. Sakit gak laa.. walaupun kau tengah excited nak tengok baby kan.. Tapi senak gak la kena tekan dengan doktor.. hehe My baby pun tak suka bila kena scan.. Mesti dia memusing-musing dan tutup muka dengan tangan.. Pastu kaki dia mula menendang-nendang semua sudut perut aku.. Aduiii.. buasnya la baby.. hahaha G

Suami ku luar biasa

My husband :') Tengah malam hening ini aku menitiskan air mata.. Menjadi isteri adalah perkara paling sukar dalam hidup aku.. Menjadi ibu tak lama lagi adalah saat paling mengembirakan aku.. .................. Duhai anak ku, Kehadiran mu anak, sangat bermakna bagi ibu.. Segala perbualan kita abi tak pernah tahu.. Dan ia rahsia tau.. Anak perlu tahu.. Ketika anak baca nurkilan ibu ini.. Abi terlalu baik dengan ibu.. Selalu buat ibu menangis.. Nangis sorok2.. Kerana ibu terharu sesangat dijodohkan dengan abi.. Tiap malam abi hidangkan segelas susu untuk ibu.. Katanya adik lapar.. Selalu ibu tidur dulu, abi tidur kemudian sebab dia nak tengok national geografi kat astro.. Kekadang kalau abi tertidur diruang tamu.. Ibu kejutkan suruh masuk dalam bilik.. Ibu memang suka terjaga tengah malam.. Pergi toilet.. Anak aktif sangat dalam perut asyik buat ibu nak terkencing jer.. Nasib ibu sayang anak.. :') Ibu untung dapat abi.. Abi romantik.. Wakti tidur abi p

Saat dan ketika ini terasa teramat

Orang kata tiada rezeki.. Menjadi manusia bukan mudah.. Banyak benda kena sabar.. Aku tahu aku sangat kerdil disisi mereka.. Apatahlah lagi untuk bersuara.. Pemberian adalah satu anugerah.. Tetapi jika aku tidak menerimanya.. Maka usaha cuma tidak berbaloi.. Dulu ketika aku masih bujang.. Mereka sanjung aku.. Bonus diberi.. Insiantif diberi.. Bila aku sudah berkahwin.. Tak kala sudah berbadan dua.. Mereka sisih aku.. Pulaukan aku.. Kesilapan aku juga.. Kerana ketika alahan aku terlalu manja.. Cuti terlalu kerap.. Mereka melihat kelemahan aku.. Aku cuba bangkit dan bekerja semula.. Tapi sayang.. Mereka menilai aku hanya untuk berberapa hari.. Setahun itu sia-sia.. Manusia kan.. Yang jahat itu mereka ingat.. Yang baik dilupakan.. Tidak apala.. Bekerja di syarikat cina bukan nak rasis.. Malah aku sanjung kerajinan mereka mengejar duit dunia.. Mungkin bukan tempat aku disini setelah mengandung.. Mereka rasa aku tidak diperlukan lagi.. Kerana ramai peganti

12 minggu

Imej
12 minggu.. Berkembang dengan baik nampaknya anak ibu ni.. Pertama kali buat buku merah jambu kat klinik kerajaan.. Ibu special kes, kena jumpa doktor.. Sebab nak ambil ubat alahan muntah.. Sebab tu dapat scan.. Kalau ibu-ibu lain nurse cek pastu dah boleh balik.. Jadi ibu ada gamba anak dalam perut.. Swasta pun ibu pergi check up gak.. Sentiasa scan tapi Dr.Aishah selalu lupa print.. Hehe..

Iri hati dengan zuriat

Terasa ke.. Maaf la dengan tajuk yang melampau berbangga kan.. Harap dengan tertulis catatan ini.. Masing-masing faham dengan ketentuan masing-masing nanti.. Memang diakui rezeki mendapatkan zuriat dengan cepat tidak pun dirancang.. Paling tak sangka orang panggil bunting pelamin.. Tapi tidakla ketika naik pelamin dah ada baby dalam perut ni ha.. Waktu tu penuh makanan jer.. hahaha.. Kenduri dua-dua belah pihak memang sangat penat wuuuu.. Kalau boleh nak abiskan majlis dan rehat serta tidur.. Bagi aku takdala gelojoh sangat nak menikmati malam pertama tu kan.. Opss.. Usia kandungan aku memang mengelirukan ramai orang.. yela.. Apa tak nya.. seusia berapa hari aku dah berkahwin.. Ingat orang tak tanya ke soalan pelik-pelik pada aku?? Nak nak aku kerja syarikat Cina.. Pandangan dorang macam aku mengandung dulu baru kahwin.. Amboiiii.... sabor jela dengan soalan-soalan gitu.. Astagfirullahalzim.. Kebetulan sebelum akad nikah aku datang period lamb

Dengar bunyi jantung anak ibu

7.5.15 Anak, Semalam ibu pergi check up dengan doktor dekat kpmc puchong lagi.. Macam biasa doktor buat ultrasound scan perut ibu.. Masa 1st scan dulu ibu ingat lagi cuma nampak 1 tompok bulat jer.. kecil.. Sekarang dah 2 bulan usia anak ibu.. Scan dah ada jantung, muka dan badan.. Masih belum sempurna sifatnya tapi anak membesar dengan baik.. Semalam abi tak teman jadi dia tak dapat tengok.. Abi kerja, takpela.. Nanti bulan depan check lagi ibu minta abi temankan ye.. Anak, Doktor Aishah bagi ibu dengar jantung anak berdegup.. Laju bunyinya.. macam tak percaya ada jantung anak dalam perut ibu.. Sekarang ibu ada 2 jantung nak kena jaga la.. hehe.. Hebat tak kuasa Tuhan??.. Ibu tak sabar nak tahu anak punya jantina.. Ibu tak kesah pun anak apa-apa tapi ibu pening la nak letak nama hebat dekat anak ibu ni.. Jadi, anak.. Membesarlah dengan sihat dan sempurna.. Anak kena rajin belajar sampai pandai membaca.. Sebab suatu hari nanti ibu nak anak baca nukilan ibu ni..

Alahan hamil

Salam, Minggu lepas saya kena admit di KPMC Puchong, sebenarnya boleh jer pergi hospital kerajaan Putrajaya tapi keadaan saya yang agak teruk sehingga tak larat nak tunggu lelama kat hospital. Niat nak pergi hospital untuk jumpa doktor dan harap doktor boleh bagi ubat tahan muntah pada alahan teruk aku ni..  Stress nya alahan.. Allah sahaja tahu.. Dalam hati selalu terdetik, banyak sangat dosa aku ni sebab tu aku rasa sakit-sakit macam ni.. Kalau nak cerita pasal alahan aku, aku muntah tiap jam, minum air pun muntah, tekak rasa loya sesangat, tak rasa nak makan apa-apa.. cuma rasa sakit kat perut sebab asyik muntah.. semua benda aku muntah sampai asid dalam perut pun aku muntahkan..  Semua orang pesan makan kurma, roti, kismis, minum air zam zam dan buah-buahan yang boleh bagi tenaga untuk badan kita, kalau muntah balik pun tak pela.. aku pun ikutlah cakap semua orang terutama suami. Suami sampai marah-marah sebab aku tak kuat.. macam mana nak jadi ibu.. waktu tu, ak

Anak Ibu

Imej
Anak, Kuatlah dikau di dalam ni.. Ibu tahu ibu tak sekuat ibu-ibu lain menahan alahan ini.. Cubalah anak kuat untuk ibu.. Lahirlah dengan sihat dan sempurna ya.. Kesian ibu asyik kena marah dengan abi sebab tak kuat.. Sabarlah wahai anak.. Membesarlah dengan baik.. Ibu,

Selamat ulang tahun ke 27

Imej
15.4.15 Dah 27 tahun dapat hidup di bumi Allah yang indah ini. Takda apa hadiah yang istimewa pun.. Cuma syukur menyambut hari kelahiran sebagai seorang isteri dan ibu.. Terima kasih Allah..

Hashtag syafiqsuhaila

Imej
13.3.2015

Kiss proof murah

Imej
Kissproof lipstick yang tengah femes giler!!!!! jom borong masa GST!!! - Tahan lama - Kalis air (tak lekat pada gelas minum) - Matte - Tak berkilat - Sangat natural dan cantik bila pakai - Tak berbau - Warna yang cantik Hubungi saya : Saila (013-754 9240) Instagram : sailakosmetik Facebook : https://www.facebook.com/pages/Siti-Suhaila-Contemporary/147937705295773?ref=hl

Berakhir

Terima kasih kerana hadir untuk cinta ini Menghitung hari yang akan berakhir Tak lama lagi..

Datang untuk seketika

Imej
Hari itu pasti datang Seperti ombak dari pantai Sebaik kita cuba elak Ia takkan terhenti Kiranya kau di sana bahagia Doakan jua kebahagiaan ku Tak siapa duga apa yang tersirat Kita erti dan faham Maka jadikan kenangan