Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Puisi indah

Musuh udara

Imej
Hirup udara segar ketika dahulu Tenang fikiran Seperti bau rumput di pagi hari Bunga kembang pagi cantik kelihatan Sebelum matahari memanaskan bumi Pasti ramai ingin menikmatinya Sungguh tidak enak Ketika tenang diganggu Setempat takpa Bersebaran di udara Lenyap bau segar Ditindani musuh udara Bunga kembang pagi telah dikaburi Pagi itu tidak lagi enak dinikmati Kerana mereka lebih sayangkan mati Dari sihat yang panjang Takpa belum terlambat untuk berubah Meskipun tiada siapa berubah Sedapkan hati sahaja

Seketika terima kasih

Imej
Jika diperlihat dunia yang lain Mungkin bukan aku yang layak Berasa sesuatu yang sukar di depan Beratnya mata untuk bangkit Maafkan aku bukan untukmu Manisnya pertemuan Tiada penghalang untuk bersama Inikan untuk selamanya Hanya perlu menanggung Keresahan hati tiada kesudahan Kerana wujud ikatan tanpa cinta Masih boleh wujud sayang Hanya bermain dengan masa Pula bagaimanamu Sanggup menunggu sesuatu yang tidak mendapat balasan Sudah tiba masa Untuk undur diri Dari semua ini

Biarlah

Imej
Sampai satu tahap Kita sedang asyik menulis Panjang lebar tulisan kita Tetiba kita tak rasa nak tekan butang hantar Setelah itu kita padam Dan otak tak fikirkan apa apa lagi Lalu hati berkata Biarlah

Tidak mengapa jika begitu

Sudah lama laluinya Terkadang agak membosankan Tidak mengapa jika begitu Kesudahanya Hanya Tuhan tahu Dear, Suhaila

Cinta aku

Imej
Nasib malang sering menjadi teman hidupku Kerana nasib itu ku belajar erti kehidupan Difikirkan Orang lain tak mampu seperti aku Sungguh derita peristiwa lalu Hadapi kesan hingga saat ini Gelap Ada indah di merata memori Tapi kepahitan terselit masuk Benci dan dendam Penuh di dada Kesukaran untuk melepaskannya Kekadang berdendam dengan diri sendiri Benci teramat kisah diri Aku Yang pasti aku Tetap aku Cinta aku Hanya aku

Kerana rahsia itu hanya pada ku dan Tuhan

Teringin sebentar Melihat dunia di tangan Senyum dan ketawa seperti mereka sekarang Bertepuk tangan bersama-sama Bersikap seperti monyet-monyet hitam Sayang sekali jika dilepaskan Peluang datang hanya sekali Inilah masanya sudah tiba Untuk membuat mereka jatuh Lumpuh tanpa mampu berkata Keji sungguh jiwa ini Mana datang sifat itu Hilang sudah simpati Tinggal cuma dendam Akan dibalas secepat mungkin Tiada istilah tenang kalau sudah salah Tiada istilah redha kalau sudah kalah Tapi mereka masih berpura-pura betul Kerana hanya monyet-monyet hitam akan tertipu Dengan penipu semulajadi Bayangkan jika rahsia itu terbongkar Berbuktikan kebenaran di alam maya Sudah bersedia menutup malu? Tak sabar melihat ia berlaku Di depan mata semua belah pihaknya Bunuhlah penyimpan rahsia Hapuskanlah bukti yang ada Sekejam itu hati manusia Kerana memang wujud golongan itu Menghitamkan kebenaran menegakkan kesalahan Rahsia.. Kerana Tuhan beri pada insan yang benar untuk ...

Baju buruk di sana

Imej
Baju buruk di sana Yang telah dipakai dan dibuang Dikutip kembali Jahit tempat koyaknya Cantik rupanya kembali Dipakai oleh tuannya Sesuai dan berhajat untuk simpan lama Baju buruk sudah baru di sana Lupa dirinya dulu buruk Sekarang dijahit elok Sayangkan tuannya Malang tuannya tidak sedari Baju buruk jahitannya dipakai orang lain Kahsian tuan asal baju buruk itu Baju buruk sudah baru sudah lupa di sana Rahsianya hampir terbongkar Lalu dibela dirinya dahulu Takut akan kecurangan itu diketahui Dibuang tuannya Malah dikoyak jahitannya Pasti ia jadi baju buruk yang buruk di sana kembali Nukilan S.Suhaila Radenan

Tulisan manusia

Memang manusia menulis simpati diri Biar menangis pembaca sekalian Seharusnya semua tahu kebenaran Tentang hidup yang malang Menulis segala yang nampak Terlupa babak yang tidak menyebelahi diri Bagi pasti lebih menyedihkan Dari awal hingga akhir tulisan Segala yang berkasih dengannya dijaga tulisan Memerli pada yang wajib diperli Mengata diri adalah berdosa untuk simpati Insan mulia sebagai perlian Lupa tulisan lain Ada yang tertinggal di banyak rangkap Kerana tulisan hanya untuk hari kejadian Tak menahu sebelum kejadian Kalam Tuhan tiada tulisan yang tertinggal Kalam manusia lahir bukan dari hati mulia Tulisan kebenaran tulisan wajib Menagih kepercayaan pembaca Berkata diri hina Harap pembaca menyalahkan selain penulis Biar nampak realiti Dari lihat naluri s.suhaila