Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Pergi Kelas Dalam Keadaan Pucat Kerana Masih Dalam Pantang Akhirnya Konvo Master jua

Imej
Assalamualaikum pembaca yang setia, Hari ini aku ada nak kongsi cerita pengalaman menghabiskan pengajian Sarjana di IPA tempatan. Sebenarnya sejak dari habis degree lagi aku memang teringin nak sambung master. Tapi kenangkan sebagai anak sulung dan ada 6 orang adik beradik lagi, mungkin aku harus kerja dulu. Dan dekat 7 tahun juga la bekerja di bidang swasta. Kerja memang seronok sebab banyak yang kita akan belajar. Tahun 2015 aku berkahwin dan disahkan mengandung pada tahun yang sama, ketika tu masih bekerja dan tak terfikir nak sambung belajar pun, lepas dah bersalin barulah terfikir tentang pengasuh anak. Waktu tu memang tak sanggup nak tinggalkan anak seusia 2 bulan ke pengasuh atau taska, jadi aku pun buat keputusan berhenti kerja. Dalam duk fikirkan macam mana nak selesaikan masalah taknak bagi aku sentiasa risau tentang anak. Bukan apa, aku kerja full day, masuk jam 9 pagi balik jam 6 petang dan sabtu kekadang kerja. Suami pula ketika tu masih kerja swasta dan full

Usah menjadi seorang yang sombong

Imej
Wahai sahabat, Perlukah kita menjadi sombong untuk dibanggakan? Tidak sahabat... Jangan kerana kamu rasa kamu teramat mulia kamu manusia paling sombong di muka bumi ini. Setiap manusia melalui beberapa fasa atau peringkat untuk membesar iaitu fasa kanak-kanak, fasa persekolahan, fasa universiti, fasa pekerjaan, dan fasa kekeluargaan. Setiap manusia yang panjang umurnya pasti melalui fasa-fasa tersebut. Dan tak semua manusia melalui fasa yang sama di umur yang sama. Melihat kepada fasa-fasa tersebut fasa kanak-kanak adalah fasa yang manusia tak pernah kenal erti sombong ketika dahulu. Sejak dulu, kanak-kanak di dunia saling cuba mengenali diri mereka dan diri orang lain ketika melalui proses tumbesaran. Malah, walaupun mereka mempunyai ibu bapa yang sombong sekali pun mereka masih akan bercakap dengan sesiapa bila ditanya kerana kanak-kanak mempunyai satu perasaan ingin tahu yang tinggi. Keadaan manusia menjadi sombong apabila berada di fasa universiti, pekerjaan dan keke

Kata-kata indah buat adik-adik Kak La

Imej
Buat yang terindah di dalam hati ini, Kak Syak, Kak Qoh, Kak Cik, Cah, Mayah & Abby, Tiada yang terindah selain kamu semua yang mencorakkan dunia ku. Aku harus bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana menjadikan aku sebahagian antara kamu semua. Darah yang mengalir dalam tubuh kamu semua adalah sama dalam tubuh ku. Aku gembira kerana wujud kamu semua untuk menghiburkan aku. Dalam kenangan membesar bersama ada suka dan ada duka. Tetapi semua itu adalah kenangan terindah buat diri ku. Lewat usia ini yang sudah mencecah 30 an. Aku melihat kamu semua membesar di depan mata. Melihat ibu bapa kita tua meniti usia. Aku sayang kamu semua, aku tahu kamu semua kuat untuk menghadapi segala musibah dan ujian dalam hidup ini. Aku selalu memandang tinggi dengan sikap kamu semua kerana setiap masalah yang datang sekali pun, kita tetap bersama. Apa jua sekali pun berlaku kita tetap ketawa dan menangis bersama. Sabarlah wahai kamu semua. Pasti ada hikmah

Tolong Bantu Orang Sekeliling Walaupun Dalam Diam

Betul ke hidup ini mudah? Bagi aku, hidup ini mudah kalau kita sendiri sedar siapa diri kita dan di mana kedudukan kita. Sebagai contoh aku seorang suri rumah yang tidak bekerja tetap, aku membuat kerja sambilan seperti menjual online dia Shopee. Jadi orang seperti aku pasti tahu bila perlu ambil gaji untuk diri sendiri dan bila pula nak pusing modal untuk barang dijual. Selalunya aku pusing modal dulu, beli semua stok dan baki tu aku buat bayar benda-benda yang patut dan termasuklah bayar zakat perniagaan. Ada lagi duit lebih memang aku simpan tapi bukan semua sebab aku kekadang beli keperluan anak dan rumah sebab gaji suami bukanlah besar sangat dan dia pun banyak nak bayar komitmen kami. Jadi aku sebagai isteri rasa tanggungjawab juga untuk bantu suami walaupun sikit. Bukan itu yang sebenarnya aku nak kongsikan di sini. Aku mengharap sangat semua orang menjadi manusia yang bertanggungjawab dan menjadi insan terbaik di dunia walaupun tiada siapa tahu. Kita sebagai manusia kena ba

Manusia

Manusia adalah suatu benda hidup. Bukanlah robot. Tidak pernah sempurna. Punya Tuhan 1 yang menciptanya. Adakah kau manusia? Atau sebaliknya.

Baik sering diuji, Jahat sering di keji

Tuhan memberitahu bahawa Dia akan menguji setiap hambaNya. Dia memberi seribu satu duka dan lara dalam kehidupan manusia. Dia juga memberi sejuta satu kebahagian dan kegembiraan dalam kehidupan manusia. Tuhan hebat. Dia menjadikan manusia dan segalaNya. Dia meletakkan setiap manusia punyai hak. Cuma manusia itu tidak sedar apa telah diberikan. Keadaan kucar kacir ketika ini. Aku tidak mengerti dan memahami seakan dunia sedang berputar berlawanan arah. Atau di manakah aku sekarang. Tuhan betul mengujiku. Adakah Tuhan sayangkan aku atau Tuhan membalas dosa-dosa aku. Tuhan tidak pernah kejam dan Dia paling penyayang. Manusia kata aku jahat. Aku pendosa yang tiada kemaafan. Mereka menghina aku. Seolah-olah aku pesalah murtad. Betul ke? Tuhan menguji menusia yang baik kerana Tuhan terlalu sayang padanya. Tetapi mereka kata aku pendosa dan pesalah. Kenapa aku diuji sehingga lara hatiku tiada kesudahan. Jelas dan memang jelas aku pesalah dan pendosa. Dan tiada siapa