Assalamualaikum. Aku nak cerita pengalaman menginap di homestay Farm Ville yang terletak di jalan tepi sawah Sekinchan. Korang boleh je cari nama Farm Ville dalam waze mahupun facebook untuk booking. Rata dia takda la mahal sangat macam yang aku ambil ni family room yang mengadap sawah padi dalam rm198 semalam. Dan selebihnya korang boleh tengok seperti dalam gambar.
Assalamualaikum pembaca yang setia, Hari ini aku ada nak kongsi cerita pengalaman menghabiskan pengajian Sarjana di IPA tempatan. Sebenarnya sejak dari habis degree lagi aku memang teringin nak sambung master. Tapi kenangkan sebagai anak sulung dan ada 6 orang adik beradik lagi, mungkin aku harus kerja dulu. Dan dekat 7 tahun juga la bekerja di bidang swasta. Kerja memang seronok sebab banyak yang kita akan belajar. Tahun 2015 aku berkahwin dan disahkan mengandung pada tahun yang sama, ketika tu masih bekerja dan tak terfikir nak sambung belajar pun, lepas dah bersalin barulah terfikir tentang pengasuh anak. Waktu tu memang tak sanggup nak tinggalkan anak seusia 2 bulan ke pengasuh atau taska, jadi aku pun buat keputusan berhenti kerja. Dalam duk fikirkan macam mana nak selesaikan masalah taknak bagi aku sentiasa risau tentang anak. Bukan apa, aku kerja full day, masuk jam 9 pagi balik jam 6 petang dan sabtu kekadang kerja. Suami pula ketika tu masih kerja swasta dan full ...
Buat yang terindah di dalam hati ini, Kak Syak, Kak Qoh, Kak Cik, Cah, Mayah & Abby, Tiada yang terindah selain kamu semua yang mencorakkan dunia ku. Aku harus bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana menjadikan aku sebahagian antara kamu semua. Darah yang mengalir dalam tubuh kamu semua adalah sama dalam tubuh ku. Aku gembira kerana wujud kamu semua untuk menghiburkan aku. Dalam kenangan membesar bersama ada suka dan ada duka. Tetapi semua itu adalah kenangan terindah buat diri ku. Lewat usia ini yang sudah mencecah 30 an. Aku melihat kamu semua membesar di depan mata. Melihat ibu bapa kita tua meniti usia. Aku sayang kamu semua, aku tahu kamu semua kuat untuk menghadapi segala musibah dan ujian dalam hidup ini. Aku selalu memandang tinggi dengan sikap kamu semua kerana setiap masalah yang datang sekali pun, kita tetap bersama. Apa jua sekali pun berlaku kita tetap ketawa dan menangis bersama. Sabarlah wahai kamu semua. Pasti ada hikmah...
Ulasan