Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kata Hati

Biarlah

Imej
Sampai satu tahap Kita sedang asyik menulis Panjang lebar tulisan kita Tetiba kita tak rasa nak tekan butang hantar Setelah itu kita padam Dan otak tak fikirkan apa apa lagi Lalu hati berkata Biarlah

Hati ku belum mati

Imej
Memang menulis di sini terapi buat aku =) Tiada yang lebih memgembirakan hati bila dapat peluang meluahkan apa yang tersimpan Hati ini terlalu jujur dan sukar untuk menerima kekalahan Sebuah kemenangan itu memang indah Tapi ia cabarannya menyakitkan Dalam hidup ini Tak semua yang kita impikan jadi nyata Aku sendiri pun masih tercari-cari erti hidup Dan satu benda aku pelajari di akhir bab ini Aku mungkin tak layak untuk mengasihi atau dikasihi seseorang Lagipun Tuhan berikan aku orang-orang yang berlawan arus dengan jiwa aku Tiada satu pun yang memahami aku Dan mereka tetap lelaki yang tidak pernah menerima aku seadanya Takpela, mungkin tiada lagi selepas ini Lebih baik aku berputus asa sebelum ia mematikan jiwa aku Aku terlalu sayang pada hati aku Tak mungkin aku akan biarkan ia mati sebegitu