Baju raya 1 Syawal


Ramadhan ke 25..
Sudah hampir pada hari kemenangan umat Islam..
MasyaAllah.. sungguh cepat masa berlalu..
Sayu hati mendengar lagu raya di corong radio..
Apatah lagi takbir raya yang bakal didengari oleh semua umat Islam..
Berlalu pergi malam-malam keberkatan yang ditunggu-tunggu selama ini..
Lailatuqadar tetap malam rahsia..
Kalau malam ini hidup seperti hari raya..
Belum tentu malam-malam di bulan lain sama seperti ini..
MasyaAllah, hibanya rasa..
Tarawih yang kan ku rindui..
Bulan keberkatan yang ku impikan..
Belum pasti ku akan temui lagi..
Kerna nadi ku boleh berhenti bila-bila masa sahaja..

1 Syawal bakal tiba..
Tiada sambutan besar-besaran dari ku pada hari itu..
Hanya impikan dapat bersama keluarga tercinta..
Memakai busana yang sederhana.. 
Hasil upah jahitan mak saudara ku..
Sambil ku niat sedekah buat mereka sekeluarga..

Sungguh berlainan tahun ini sambutan aidifitri ku..
Serba sederhana buat ku..
Moga merasakan perasaan 1 syawal yang disambut oleh mereka yang serba kurang..
Izinkan ku melafazkan rasa nikmat kesyukuran dengan rezeki Mu pada hari ini..
Ya Allah.. Alhamdlillah..




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aura Maya vs SF Beauty

Harga dealer Sf Beauty

Bermalam di Farm Ville Cafe & Homestay