Akulah pesalah

Detik 31 ogos malam ini ku menulis
Sebuah puisi orang bodoh
Kebudak budakan tiada unsur kematangan
Memberitahu satu rahsia
Dia baik tapi dia jahat
Kejahatan dia sengaja butakan
Sedaya upaya dia cuba putarkan
Agar nampak baik didepan mereka
Dia merana seorang diri
Murah airmatanya
Tak peduli walaupun tiada bersimpati
Dia suka melihat mereka senyum gembira
Tapi dia sukar dapatinya
Hidupnya kucar kacir
Dia cuba baiki dan ikut caranya
Tapi tiada seorang pun berkenan
Tiada seorang mahu bantunya
Walaupun dia suka bantu orang
Nampak mukanya kepenatan
Bukan kerana kerja tetapi kerana berdendam
Seorang penakut dengan kesalahan
Banyak kesalahannya sebenarnya
Cuma dia tak nampak
Tiada orang yang tak bersalah nak beritahunya
Sehingga seseorang suruh cermin diri sendiri
Dia mula merasakan dianya tiada guna
Kesedaran itu mula muncul
Dia keliru
Dia sedih kerana dia adalah dia
Dia itu aku
Akulah pesalah

Maafkan aku.. aku mahu lari dari segalanya..
Tuhan.. ambil aku jika aku membuat mereka terseksa..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aura Maya vs SF Beauty

Harga dealer Sf Beauty

Bermalam di Farm Ville Cafe & Homestay