Mereka

Mereka
Datang ketika ku sedang senang

Mereka
Bersama ku ketika perlu

Mereka
Pelakon terbaik merayu bantuan


Mereka
Wajib perlukan aku kala susah

Mereka
Jadikan si ceti yang halal

Mereka
Letak aku sebagai penyelesaian masalah

Mereka
Tak pernah silap kerana aku selalu salah

Mereka
Lupa kewujudan aku bila senang

Mereka
Bukan alasan yang diberi tapi sikap tak endah terus diberikan

Mereka
Takda rasa sikit pun untuk kongsi apa ku rasa

Mereka
Tinggalkan aku sendirian

Mereka
Lupa aku ada airmata sama seperti mereka

Mereka
Anggap aku tak punyai hati dan perasaan

Mereka
Tahu aku cuma penulis blog dan takkan mencari mereka ketika perlu

Kamukah mereka itu?




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bermalam di Farm Ville Cafe & Homestay

Pergi Kelas Dalam Keadaan Pucat Kerana Masih Dalam Pantang Akhirnya Konvo Master jua

Aura Maya vs SF Beauty