Kerana rahsia itu hanya pada ku dan Tuhan
Teringin sebentar
Melihat dunia di tangan
Senyum dan ketawa seperti mereka sekarang
Bertepuk tangan bersama-sama
Bersikap seperti monyet-monyet hitam
Sayang sekali jika dilepaskan
Peluang datang hanya sekali
Inilah masanya sudah tiba
Untuk membuat mereka jatuh
Lumpuh tanpa mampu berkata
Keji sungguh jiwa ini
Mana datang sifat itu
Hilang sudah simpati
Tinggal cuma dendam
Akan dibalas secepat mungkin
Tiada istilah tenang kalau sudah salah
Tiada istilah redha kalau sudah kalah
Tapi mereka masih berpura-pura betul
Kerana hanya monyet-monyet hitam akan tertipu
Dengan penipu semulajadi
Bayangkan jika rahsia itu terbongkar
Berbuktikan kebenaran di alam maya
Sudah bersedia menutup malu?
Tak sabar melihat ia berlaku
Di depan mata semua belah pihaknya
Bunuhlah penyimpan rahsia
Hapuskanlah bukti yang ada
Sekejam itu hati manusia
Kerana memang wujud golongan itu
Menghitamkan kebenaran menegakkan kesalahan
Rahsia..
Kerana Tuhan beri pada insan yang benar untuk simpan rahsia
Kau untung
Kerana rahsia itu hanya pada ku dan Tuhan
Nukilan : S.Suhaila Radenan
p/s : Buat sang pencinta
Ulasan