Penolak troli di pagi hari
Sesudah subuh tadi. Aku ke kekereta untuk mengambil gps. Kena cas sebab nak berjalan jauh hari ini. Di kereta ada kucin mengeow makanan. Ku berikannya wiskes. Kemudian ku naiki tangga ke tingkat satu rumah ku. bunyi macam ada troli bergerak menghala ke lif. lalu ku lihat.
Jeng jeng jeng.
Seorang budak lelaki darjah 4 agaknya sedang menolak troli pasaraya ke lift. Dia memang budak bukan hantu. Trolinya penuh dengan jualan nasi lemak ibunya. Pasti dia bangun seawal pagi untuk membantu ibunya menjual nasi lemak. Ku cuma senyum padanya.
Apakah nasib si penolak troli itu?
Ia tak sama dengan kehidupan kanak2 lain. Kanak2 lain masih tidur ketika ini kerana kepenatan bermain menyambut kemerdekaan semalam. Tapi dia seorang penolak troli yang pasti disuruh ibunya tidur awal kerana esok pagi dia kena menolong ibunya menjual nasi lemak.
Masih adakah nasib manusia seperti itu walaupun di kota?
Apakah nasibnya selepas ini.?
Ku doakan ia menjadi seorang yang berjaya suatu hari nanti..
Amin..
Ulasan