Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2018

Pergi Kelas Dalam Keadaan Pucat Kerana Masih Dalam Pantang Akhirnya Konvo Master jua

Imej
Assalamualaikum pembaca yang setia, Hari ini aku ada nak kongsi cerita pengalaman menghabiskan pengajian Sarjana di IPA tempatan. Sebenarnya sejak dari habis degree lagi aku memang teringin nak sambung master. Tapi kenangkan sebagai anak sulung dan ada 6 orang adik beradik lagi, mungkin aku harus kerja dulu. Dan dekat 7 tahun juga la bekerja di bidang swasta. Kerja memang seronok sebab banyak yang kita akan belajar. Tahun 2015 aku berkahwin dan disahkan mengandung pada tahun yang sama, ketika tu masih bekerja dan tak terfikir nak sambung belajar pun, lepas dah bersalin barulah terfikir tentang pengasuh anak. Waktu tu memang tak sanggup nak tinggalkan anak seusia 2 bulan ke pengasuh atau taska, jadi aku pun buat keputusan berhenti kerja. Dalam duk fikirkan macam mana nak selesaikan masalah taknak bagi aku sentiasa risau tentang anak. Bukan apa, aku kerja full day, masuk jam 9 pagi balik jam 6 petang dan sabtu kekadang kerja. Suami pula ketika tu masih kerja swasta dan full