Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel anak ibu

Baby.. jom keluar..

Imej
38 minggu.. 3 kg.. Anak selesa sangat membesar dalam perut.. Tak mahu keluar jenguk dunia ke.. Orang lain 37 minggu pun dah bersalin.. Nervous plak ibu rasa.. Baby.. Jom keluar..

Perlu ke scan 3D & 4D bayi?

Imej
Minggu lalu aku pergi scan 4D my baby dalam perut.. Tak rasa nak scan pun sebab tiap bulan aku scan perut tengok baby.. Cuma bezanya 4D ni dia boleh tengok banyak sisi dan lebih jelas wajah baby nampak nanti.. Bagi aku yang jenis super duper jimat sekarang ni.. Rasa scan 4D ni tak payah pun takpa.. hehe Tapi orang sekeliling aku yang asyik duk tanya bila nak scan 3D 4D tu.. Dorang siap-siap perli lagi.. Ala tak sampai 200 ringgit pun, bila lagi.. Anak first kan.. Aku pun pergi la scan sebagai memenuhi syarat pregnant kali pertama.. Kalau orang tanya wajib ke tak.. bagi aku TAK.. Hahahahaaa.. Aku tak suka sangat scan perut sebab doktor akan tekan-tekan perut.. Sakit gak laa.. walaupun kau tengah excited nak tengok baby kan.. Tapi senak gak la kena tekan dengan doktor.. hehe My baby pun tak suka bila kena scan.. Mesti dia memusing-musing dan tutup muka dengan tangan.. Pastu kaki dia mula menendang-nendang semua sudut perut aku.. Aduiii.. buasnya la baby.. hahaha G...

Suami ku luar biasa

My husband :') Tengah malam hening ini aku menitiskan air mata.. Menjadi isteri adalah perkara paling sukar dalam hidup aku.. Menjadi ibu tak lama lagi adalah saat paling mengembirakan aku.. .................. Duhai anak ku, Kehadiran mu anak, sangat bermakna bagi ibu.. Segala perbualan kita abi tak pernah tahu.. Dan ia rahsia tau.. Anak perlu tahu.. Ketika anak baca nurkilan ibu ini.. Abi terlalu baik dengan ibu.. Selalu buat ibu menangis.. Nangis sorok2.. Kerana ibu terharu sesangat dijodohkan dengan abi.. Tiap malam abi hidangkan segelas susu untuk ibu.. Katanya adik lapar.. Selalu ibu tidur dulu, abi tidur kemudian sebab dia nak tengok national geografi kat astro.. Kekadang kalau abi tertidur diruang tamu.. Ibu kejutkan suruh masuk dalam bilik.. Ibu memang suka terjaga tengah malam.. Pergi toilet.. Anak aktif sangat dalam perut asyik buat ibu nak terkencing jer.. Nasib ibu sayang anak.. :') Ibu untung dapat abi.. Abi romantik.. Wakti tidur abi p...

12 minggu

Imej
12 minggu.. Berkembang dengan baik nampaknya anak ibu ni.. Pertama kali buat buku merah jambu kat klinik kerajaan.. Ibu special kes, kena jumpa doktor.. Sebab nak ambil ubat alahan muntah.. Sebab tu dapat scan.. Kalau ibu-ibu lain nurse cek pastu dah boleh balik.. Jadi ibu ada gamba anak dalam perut.. Swasta pun ibu pergi check up gak.. Sentiasa scan tapi Dr.Aishah selalu lupa print.. Hehe..

Dengar bunyi jantung anak ibu

7.5.15 Anak, Semalam ibu pergi check up dengan doktor dekat kpmc puchong lagi.. Macam biasa doktor buat ultrasound scan perut ibu.. Masa 1st scan dulu ibu ingat lagi cuma nampak 1 tompok bulat jer.. kecil.. Sekarang dah 2 bulan usia anak ibu.. Scan dah ada jantung, muka dan badan.. Masih belum sempurna sifatnya tapi anak membesar dengan baik.. Semalam abi tak teman jadi dia tak dapat tengok.. Abi kerja, takpela.. Nanti bulan depan check lagi ibu minta abi temankan ye.. Anak, Doktor Aishah bagi ibu dengar jantung anak berdegup.. Laju bunyinya.. macam tak percaya ada jantung anak dalam perut ibu.. Sekarang ibu ada 2 jantung nak kena jaga la.. hehe.. Hebat tak kuasa Tuhan??.. Ibu tak sabar nak tahu anak punya jantina.. Ibu tak kesah pun anak apa-apa tapi ibu pening la nak letak nama hebat dekat anak ibu ni.. Jadi, anak.. Membesarlah dengan sihat dan sempurna.. Anak kena rajin belajar sampai pandai membaca.. Sebab suatu hari nanti ibu nak anak baca nukilan ibu ni.....

Anak Ibu

Imej
Anak, Kuatlah dikau di dalam ni.. Ibu tahu ibu tak sekuat ibu-ibu lain menahan alahan ini.. Cubalah anak kuat untuk ibu.. Lahirlah dengan sihat dan sempurna ya.. Kesian ibu asyik kena marah dengan abi sebab tak kuat.. Sabarlah wahai anak.. Membesarlah dengan baik.. Ibu,

Selamat ulang tahun ke 27

Imej
15.4.15 Dah 27 tahun dapat hidup di bumi Allah yang indah ini. Takda apa hadiah yang istimewa pun.. Cuma syukur menyambut hari kelahiran sebagai seorang isteri dan ibu.. Terima kasih Allah..