Tulisan manusia

Memang manusia menulis simpati diri
Biar menangis pembaca sekalian
Seharusnya semua tahu kebenaran
Tentang hidup yang malang

Menulis segala yang nampak
Terlupa babak yang tidak menyebelahi diri
Bagi pasti lebih menyedihkan
Dari awal hingga akhir tulisan

Segala yang berkasih dengannya dijaga tulisan
Memerli pada yang wajib diperli
Mengata diri adalah berdosa untuk simpati
Insan mulia sebagai perlian

Lupa tulisan lain
Ada yang tertinggal di banyak rangkap
Kerana tulisan hanya untuk hari kejadian
Tak menahu sebelum kejadian

Kalam Tuhan tiada tulisan yang tertinggal
Kalam manusia lahir bukan dari hati mulia
Tulisan kebenaran tulisan wajib
Menagih kepercayaan pembaca

Berkata diri hina
Harap pembaca menyalahkan selain penulis
Biar nampak realiti
Dari lihat naluri

s.suhaila

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aura Maya vs SF Beauty

Harga dealer Sf Beauty

Bermalam di Farm Ville Cafe & Homestay