Pejabat Pos Malaysia servis paling teruk

Salam..
Ni cerita beberapa hari lepas tapi hari ini baru sempat nak update blog..
Cerita ni tak beberapa best nak kongsi sebab aku rasa nak makan orang..
Korang baca tajuk pun dah tahu kan macam mana..
Geram jer.. Errrrrrr..
Kaunter ada 4 tapi buka 2 saja..
Tak sistematik plak tu..
Kalau aku datang nak pos barang seketul je kena tunggu 3 jam..
Boleh tak asingkan mana yang kaunter yang nak buat lesen, bayar bil, beli setem dan pos barang..
Kalau campur aduk macam ni, mana tak marah semua orang..
Lagi satu dah nampak orang ramai, silalah rajin sikit pekerja buka kaunter baru..
Ni bukan sekali tau nak marah..
Tapi zaman belajar sampai sekarang service memang out la..
Nasib baik sekarang service poslaju dah ok..
Cuma mahal sikit.. hehehe..
So, sebagai pengguna.. aku nak luahkan pada pihak berkenaan..
Sila ambil tindakan sebab saya pun kesian tengok pakcik-pakcik tua yang merungut kat situ..
Jangan saya dengar lagi 'alahai, kaunter buka 2 je, orang ramai, dari dulu sampai nak mati dah tapi macam ni lagi'

Oppssss.. 


Ulasan

nurdani berkata…
saya memang geram bila tengok kaunter banyak tapi buka sikit...dan ada beberapa tempat yang orang front desk tak mesra alam.
hafizulhakim berkata…
post office kt mana ni?

Catatan popular daripada blog ini

Aura Maya vs SF Beauty

Harga dealer Sf Beauty

Bermalam di Farm Ville Cafe & Homestay