Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Anak ini

Imej
🌹Anak ni baik. Dia tak pernah meragam lama. Ke mana aku bawa dia tetap senyum. Seolah berkata, 'takpa, asal ibu ada'. 🌹Aku sering mengeluh bila dukung dia, berat, tapi anak ini paling suka bila didukung. Jadi lenguh semalam pun hilang. 🌹Aku tetap dukung anak ini. Seperti dia memberitahu 'ibu, terima kasih sebab dukung'. 🌹Anak ini baik. Dia fahami aku. Dia tahu aku sentiasa bersamanya di setiap waktu. Beza ketika umur dia makin besar. Sebab dia makin tahu kewujudan aku. 🌹Kalau dulu dia hanya tahu lapar. Tapi sekarang dia tahu dia ada ibu. Dia akan menangis bila ibu tiada. 🌹Anak ini anugerah. Hadiah dari Tuhan buat aku. Aku nyesal merungut ketika sakit. Kerana hadiah ini peneman aku ketika aku rasa segala rasa. 🌹Aku sedih. Tapi anak ini ada. Jadikan aku kuat selalu. Dia faham aku. Dari hari ke hari. 🌹Terima kasih Tuhan kerana beri anak ini dalam hidup aku. Aku takpa dipandang hina oleh orang lain, asalkan anak ini tahu hanya aku yg bersusah payah ber