Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bahagia

Datang untuk seketika

Imej
Hari itu pasti datang Seperti ombak dari pantai Sebaik kita cuba elak Ia takkan terhenti Kiranya kau di sana bahagia Doakan jua kebahagiaan ku Tak siapa duga apa yang tersirat Kita erti dan faham Maka jadikan kenangan

Pilihan

Hidup ada pelbagai pilihan Sebab tu orang cakap perkara paling susah adalah membuat pilihan Kerana manusia hanya mahu suatu yang sempurna Konon! Walau bagaimana pun hidup memang kena memilih Tak boleh nak telan semua Nanti jadi hantu Meroyan tak tentu pasal Mula salahkan orang lain jer kerja kau nanti Apa boleh kita buat Redha dalam pilihan hidup Kalau salah sekalipun Anggap ia adalah ketentuan atau menebus dosa lalu Biasalah tu ujian hidup Sekarang ni aku kena pilih Samada nak kahwin atau tidak Kahwin tu kan baik Ada juga orang nak jaga kita Dari hidup merapu tak tentu hala Tapi berkahwin dengan perasaan yang kosong Ibarat kena kahwin paksa plak Macam cerita dulu kala Keluarga tentukan semua Tiada pilihan, kahwinlah si anak Hahahahaa.. Itu zaman bila tu Tapi mak cakap itu semua ujian Setan kan tak suka tengok orang nak dirikan masjid Maka wujud perasaan itu ini Yelaaa.. Gila tak perasaan ini Aku dah berapa kali 'Apa kata pulangkan balik cincin tu...

Seketika terima kasih

Imej
Jika diperlihat dunia yang lain Mungkin bukan aku yang layak Berasa sesuatu yang sukar di depan Beratnya mata untuk bangkit Maafkan aku bukan untukmu Manisnya pertemuan Tiada penghalang untuk bersama Inikan untuk selamanya Hanya perlu menanggung Keresahan hati tiada kesudahan Kerana wujud ikatan tanpa cinta Masih boleh wujud sayang Hanya bermain dengan masa Pula bagaimanamu Sanggup menunggu sesuatu yang tidak mendapat balasan Sudah tiba masa Untuk undur diri Dari semua ini

Belum berakhir

Imej
Salam, Seorang gadis sedang menulis tentang saki baki hidupnya. Mengenangkan apa perkara yang telah terjadi kepada dirinya. Hanya mampu untuk mengungkapkan senyuman. Ada cahaya dan malap yang tak mampu diungkapkan. Yang berlalu biarkan ia berlalu pergi dengan angin petang.  Angan-angan gadis itu belum musnah pun lagi kerana dia tak pernah berasa serik dalam hidupnya. Cuma banyak perkara yang mendewasakan gadis itu dan dia lebih tenang setenang air di tasik. Siapa tidak cemburu dengan kehidupan mereka yang lain. Walaupun belum dapat cahaya mata tetapi mereka masih ada seseorang yang wujud untuk dikongsikan kisah hidup mereka. Mereka belum bersatu tapi telah mengikat satu tali yang kuat. Ia sesuatu perkembangan yang baik buat mereka. Malah gadis itu masih lagi keseorangan. Waktu ini, bukan cahaya mata pertama tetapi dah hampir ke dua dan ketiga, mereka bahagia, sungguh bahagia. Bergulung sarjana. Bertuah. Masa depan yang panjang dengan cahaya. Alhamdulillah. Dahulu, gadi...