Catatan

Usah menjadi seorang yang sombong

Imej
Wahai sahabat, Perlukah kita menjadi sombong untuk dibanggakan? Tidak sahabat... Jangan kerana kamu rasa kamu teramat mulia kamu manusia paling sombong di muka bumi ini. Setiap manusia melalui beberapa fasa atau peringkat untuk membesar iaitu fasa kanak-kanak, fasa persekolahan, fasa universiti, fasa pekerjaan, dan fasa kekeluargaan. Setiap manusia yang panjang umurnya pasti melalui fasa-fasa tersebut. Dan tak semua manusia melalui fasa yang sama di umur yang sama. Melihat kepada fasa-fasa tersebut fasa kanak-kanak adalah fasa yang manusia tak pernah kenal erti sombong ketika dahulu. Sejak dulu, kanak-kanak di dunia saling cuba mengenali diri mereka dan diri orang lain ketika melalui proses tumbesaran. Malah, walaupun mereka mempunyai ibu bapa yang sombong sekali pun mereka masih akan bercakap dengan sesiapa bila ditanya kerana kanak-kanak mempunyai satu perasaan ingin tahu yang tinggi. Keadaan manusia menjadi sombong apabila berada di fasa universiti, pekerjaan dan keke...

Kata-kata indah buat adik-adik Kak La

Imej
Buat yang terindah di dalam hati ini, Kak Syak, Kak Qoh, Kak Cik, Cah, Mayah & Abby, Tiada yang terindah selain kamu semua yang mencorakkan dunia ku. Aku harus bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana menjadikan aku sebahagian antara kamu semua. Darah yang mengalir dalam tubuh kamu semua adalah sama dalam tubuh ku. Aku gembira kerana wujud kamu semua untuk menghiburkan aku. Dalam kenangan membesar bersama ada suka dan ada duka. Tetapi semua itu adalah kenangan terindah buat diri ku. Lewat usia ini yang sudah mencecah 30 an. Aku melihat kamu semua membesar di depan mata. Melihat ibu bapa kita tua meniti usia. Aku sayang kamu semua, aku tahu kamu semua kuat untuk menghadapi segala musibah dan ujian dalam hidup ini. Aku selalu memandang tinggi dengan sikap kamu semua kerana setiap masalah yang datang sekali pun, kita tetap bersama. Apa jua sekali pun berlaku kita tetap ketawa dan menangis bersama. Sabarlah wahai kamu semua. Pasti ada hikmah...

Tolong Bantu Orang Sekeliling Walaupun Dalam Diam

Betul ke hidup ini mudah? Bagi aku, hidup ini mudah kalau kita sendiri sedar siapa diri kita dan di mana kedudukan kita. Sebagai contoh aku seorang suri rumah yang tidak bekerja tetap, aku membuat kerja sambilan seperti menjual online dia Shopee. Jadi orang seperti aku pasti tahu bila perlu ambil gaji untuk diri sendiri dan bila pula nak pusing modal untuk barang dijual. Selalunya aku pusing modal dulu, beli semua stok dan baki tu aku buat bayar benda-benda yang patut dan termasuklah bayar zakat perniagaan. Ada lagi duit lebih memang aku simpan tapi bukan semua sebab aku kekadang beli keperluan anak dan rumah sebab gaji suami bukanlah besar sangat dan dia pun banyak nak bayar komitmen kami. Jadi aku sebagai isteri rasa tanggungjawab juga untuk bantu suami walaupun sikit. Bukan itu yang sebenarnya aku nak kongsikan di sini. Aku mengharap sangat semua orang menjadi manusia yang bertanggungjawab dan menjadi insan terbaik di dunia walaupun tiada siapa tahu. Kita sebagai manusia kena ba...

Manusia

Manusia adalah suatu benda hidup. Bukanlah robot. Tidak pernah sempurna. Punya Tuhan 1 yang menciptanya. Adakah kau manusia? Atau sebaliknya.

Baik sering diuji, Jahat sering di keji

Tuhan memberitahu bahawa Dia akan menguji setiap hambaNya. Dia memberi seribu satu duka dan lara dalam kehidupan manusia. Dia juga memberi sejuta satu kebahagian dan kegembiraan dalam kehidupan manusia. Tuhan hebat. Dia menjadikan manusia dan segalaNya. Dia meletakkan setiap manusia punyai hak. Cuma manusia itu tidak sedar apa telah diberikan. Keadaan kucar kacir ketika ini. Aku tidak mengerti dan memahami seakan dunia sedang berputar berlawanan arah. Atau di manakah aku sekarang. Tuhan betul mengujiku. Adakah Tuhan sayangkan aku atau Tuhan membalas dosa-dosa aku. Tuhan tidak pernah kejam dan Dia paling penyayang. Manusia kata aku jahat. Aku pendosa yang tiada kemaafan. Mereka menghina aku. Seolah-olah aku pesalah murtad. Betul ke? Tuhan menguji menusia yang baik kerana Tuhan terlalu sayang padanya. Tetapi mereka kata aku pendosa dan pesalah. Kenapa aku diuji sehingga lara hatiku tiada kesudahan. Jelas dan memang jelas aku pesalah dan pendosa. Dan tiada siapa ...

Diari IBU

Buat anakku bernama Asyraf Faiz, Asyraf ketika kecil suka panggil ibu 'buu' Kalau nak tunjuk sesuatu mesti 'buu' Mungkin hari Asyraf sudah besar panjang Tak tahulah ibu samada Asyraf boleh baca atau tidak diari ibu ini Ibu pun tak tahu masih hidup didunia atau sudah tiada didunia Maafkan ibu Ibu sangat sayang pada Asyraf Nama Asyraf ibu yang letak Ibu harap Asyraf pun sama, sayangkan ibu walaupun apa jua berlaku Kekadang ada sebab sesuatu itu terjadi Asyraf kena faham Tidak semua indah dalam hidup kita Jadi, Asyraf jangan sombong Selalu ingat Maha Pencipta Kalau Asyraf sudah berkahwin suatu nanti Pasti Asyraf akan faham keadaan ini Asyraf ingat ibu pesan, Jaga dan layan isteri seperti permaisuri hati Bukan jadikan isteri orang gaji Jaga hati isteri baik-baik Jangan leka dalam menyayanginya Selalu tolong dia Selalu puji dia Selalu ringankan beban dia Selalu lap air mata dia Walaupun isteri hanya hamba suami Tapi dia juga manusia yang Tu...

Anak ini

Imej
🌹Anak ni baik. Dia tak pernah meragam lama. Ke mana aku bawa dia tetap senyum. Seolah berkata, 'takpa, asal ibu ada'. 🌹Aku sering mengeluh bila dukung dia, berat, tapi anak ini paling suka bila didukung. Jadi lenguh semalam pun hilang. 🌹Aku tetap dukung anak ini. Seperti dia memberitahu 'ibu, terima kasih sebab dukung'. 🌹Anak ini baik. Dia fahami aku. Dia tahu aku sentiasa bersamanya di setiap waktu. Beza ketika umur dia makin besar. Sebab dia makin tahu kewujudan aku. 🌹Kalau dulu dia hanya tahu lapar. Tapi sekarang dia tahu dia ada ibu. Dia akan menangis bila ibu tiada. 🌹Anak ini anugerah. Hadiah dari Tuhan buat aku. Aku nyesal merungut ketika sakit. Kerana hadiah ini peneman aku ketika aku rasa segala rasa. 🌹Aku sedih. Tapi anak ini ada. Jadikan aku kuat selalu. Dia faham aku. Dari hari ke hari. 🌹Terima kasih Tuhan kerana beri anak ini dalam hidup aku. Aku takpa dipandang hina oleh orang lain, asalkan anak ini tahu hanya aku yg bersusah payah ber...

Baby.. jom keluar..

Imej
38 minggu.. 3 kg.. Anak selesa sangat membesar dalam perut.. Tak mahu keluar jenguk dunia ke.. Orang lain 37 minggu pun dah bersalin.. Nervous plak ibu rasa.. Baby.. Jom keluar..

Perlu ke scan 3D & 4D bayi?

Imej
Minggu lalu aku pergi scan 4D my baby dalam perut.. Tak rasa nak scan pun sebab tiap bulan aku scan perut tengok baby.. Cuma bezanya 4D ni dia boleh tengok banyak sisi dan lebih jelas wajah baby nampak nanti.. Bagi aku yang jenis super duper jimat sekarang ni.. Rasa scan 4D ni tak payah pun takpa.. hehe Tapi orang sekeliling aku yang asyik duk tanya bila nak scan 3D 4D tu.. Dorang siap-siap perli lagi.. Ala tak sampai 200 ringgit pun, bila lagi.. Anak first kan.. Aku pun pergi la scan sebagai memenuhi syarat pregnant kali pertama.. Kalau orang tanya wajib ke tak.. bagi aku TAK.. Hahahahaaa.. Aku tak suka sangat scan perut sebab doktor akan tekan-tekan perut.. Sakit gak laa.. walaupun kau tengah excited nak tengok baby kan.. Tapi senak gak la kena tekan dengan doktor.. hehe My baby pun tak suka bila kena scan.. Mesti dia memusing-musing dan tutup muka dengan tangan.. Pastu kaki dia mula menendang-nendang semua sudut perut aku.. Aduiii.. buasnya la baby.. hahaha G...

Suami ku luar biasa

My husband :') Tengah malam hening ini aku menitiskan air mata.. Menjadi isteri adalah perkara paling sukar dalam hidup aku.. Menjadi ibu tak lama lagi adalah saat paling mengembirakan aku.. .................. Duhai anak ku, Kehadiran mu anak, sangat bermakna bagi ibu.. Segala perbualan kita abi tak pernah tahu.. Dan ia rahsia tau.. Anak perlu tahu.. Ketika anak baca nurkilan ibu ini.. Abi terlalu baik dengan ibu.. Selalu buat ibu menangis.. Nangis sorok2.. Kerana ibu terharu sesangat dijodohkan dengan abi.. Tiap malam abi hidangkan segelas susu untuk ibu.. Katanya adik lapar.. Selalu ibu tidur dulu, abi tidur kemudian sebab dia nak tengok national geografi kat astro.. Kekadang kalau abi tertidur diruang tamu.. Ibu kejutkan suruh masuk dalam bilik.. Ibu memang suka terjaga tengah malam.. Pergi toilet.. Anak aktif sangat dalam perut asyik buat ibu nak terkencing jer.. Nasib ibu sayang anak.. :') Ibu untung dapat abi.. Abi romantik.. Wakti tidur abi p...