Hujung 2023

Hari ini, lepas aku kena halau dengan perkataan.

‘Selagi Su tak minta maaf, abang takkan redha’

Aku pun tiba di rumah ibu bapa ku. Setelah aku angkat semua barang dari bonet kereta. Anak-anak pun dah siap masuk rumah. Aku pun nak pergi dobi baju sebab baru balik dari family day mertua.

Ada seorang budak umur 6 tahun. Dia pegang dua plastik beg dari kedai runcit, dan dia berhenti seketika. Lalu aku tanya la. 

‘Kenapa tu dik?’ 

Dia pun jawab ‘takda apa, cuma berat sebab ais.’

Aku tanya lagi. ‘Rumah mana? Kenapa jalan sorang? Marilah acik hantarkan.’

Rumah dia atas sikit, jadi aku pun tumpangkan dia. Sampai rumah dia. Rezeki dia hari ini, kalau tak sampai rumah cair ais, sebab tengah hari panas.

Cerita aku pergi dobi plak. Waktu nak dryer. Aku memang dah cop 2 dryer nak keringkan baju aku yang siap basuh tu. Kiranya ada 2 last dryer kosong. 

Tiba-tiba ada pasangan suami isteri ni siap baju dia basuh. Dan dia pun dah gelabah kena tunggu dryer. Jadi aku bagi dorang dulu la yg dryer aku satu lagi tu. Aku cakap takpa la, rumah dekat je.

Isterinya ucap terima kasih kak pada aku, masa aku nak keluar ke kereta, suami dia plak cakap, ‘eh akak bagi dulu, terima kasih ye.’

Baik kan aku. Aku tahu aku baik. Hari ini aku betul betul terfikir yg selama ini aku memang baik. Aku tak pernah tindas orang lain. Aku tak pernah hina orang lain. Aku selalu tolong orang walaupun tak kenal. 

Tapi kenapa dan kenapa Allah bagi aku suami yg salah. Suami aku tak suka aku sebab dia cakap aku isteri paling kurang ajar. Mak ayah aku tak ajar aku jd isteri yg baik dan taat. Aku isteri yg panas baran, suka marah marah, suka tinggi suara dekat suami. Jahatkan aku?

Aku tak tahulah. Aku sendiri pun mempersoalkan kenapa jadi macam tu. 

Memang aku salah. Salah menjadikan dia suami aku. Patutnya dia bahagia dengan orang lain, bukan derita dengan aku.

Ini baru 1% cerita. Belum 99%. 

Aku cuma tiada tempat untuk berkata kata selain bermonolog dalam diri dengan Tuhan.

Apapun aku dah wasap minta maaf dan cuma aku minta perpisahan supaya dia tidak lagi derita kesakitan bersama aku. 

Adakah hidup aku selepas ini berakhir atau baru nak bermula?


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aura Maya vs SF Beauty

Harga dealer Sf Beauty

Bermalam di Farm Ville Cafe & Homestay