Tolong Bantu Orang Sekeliling Walaupun Dalam Diam
Betul ke hidup ini mudah?
Bagi aku, hidup ini mudah kalau kita sendiri sedar siapa diri kita dan di mana kedudukan kita. Sebagai contoh aku seorang suri rumah yang tidak bekerja tetap, aku membuat kerja sambilan seperti menjual online dia Shopee. Jadi orang seperti aku pasti tahu bila perlu ambil gaji untuk diri sendiri dan bila pula nak pusing modal untuk barang dijual. Selalunya aku pusing modal dulu, beli semua stok dan baki tu aku buat bayar benda-benda yang patut dan termasuklah bayar zakat perniagaan. Ada lagi duit lebih memang aku simpan tapi bukan semua sebab aku kekadang beli keperluan anak dan rumah sebab gaji suami bukanlah besar sangat dan dia pun banyak nak bayar komitmen kami. Jadi aku sebagai isteri rasa tanggungjawab juga untuk bantu suami walaupun sikit.
Bukan itu yang sebenarnya aku nak kongsikan di sini. Aku mengharap sangat semua orang menjadi manusia yang bertanggungjawab dan menjadi insan terbaik di dunia walaupun tiada siapa tahu. Kita sebagai manusia kena bantu orang sekeliling kita. Tiap manusia wajib berfikiran macam tu. Tak kira la bangsa apa pun. Kita lihat dulu keluarga terdekat kita, kalau ada yang hidup susah kita bantu, jangan tunggu dorang minta bantuan kita. Kalau dah semua ahli keluarga kaya, rasa tak layak dibantu, tengok jiran-jiran kita. Mungkin la kita duduk rumah flat tapi mungkin ada yang lebih susah dari kehidupan kita kan. Jadi, bantulah mereka. BANTULAH ORANG TERDEKAT.
Kita boleh nak menunjuk kemewahan kita di IG ke facebook ke. Nak bagitahu semua orang yang kita mampu ke luar negara. Tak menjadi salah pun kalau nak menunjuk itu ini sekali pun walaupun dalam diam kita dah membantu ramai orang susah selain kita. Orang tak tahu pun kita buat baik dalam diam tapi yang pasti Tuhan tahu. Mungkin sebab itu Tuhan kurniakan lebih lagi rezeki untuk kita bantu insan lain.
FIKIRLAH, buat apa kita kaya seorang di dunia ini jika ada yang susah di luar sana. Tak terfikir ke??
Terlalu banyak kes dan permasalahan sosial di setiap negara dan aku nak khususkan negara yang aku duduki sekarang adalah Malaysia. Kalau kita rasa tak mampu nak tolong orang yang jauh-jauh bertarung nyawa demi Islam ke apa. Kita tengok sekeliling pun dah cukup. Banyak perkara boleh bantu.
Dan lagi satu, janganlah mengharapkan sebuah kerajaan untuk memikirkan masalah rakyat. Kita sendiri rakyat harus mempunyai sifat kemanusiaan yang tinggi dan bantu orang yang lebih susah. Kena ingat wahai orang kaya, kekayaan itu bukanlah milik kita dan gunakanlah, berikanlah kepada yang memerlukan.
Aku sedih tengok kejadian yang berlaku pada ibu bapa yang terpaksa menjual nasi lemak di pagi hari, tinggalkan anak-anak untuk mencari rezeki. Bayangkan sebelum subuh lagi dah bangun siapkan nasi lemak untuk jualan. Bukan kerja itu sahaja mereka buat tapi banyak lagi kerja lain. Cuba bayangkan kita duduk rumah banglo, baca berita tentang kematian anak kecil berumur 4 tahun jatuh tergelincir dari bangunan PPR. Apa perasaan kita? Hanya sedih? tak rasa bersalah ke?
Aku rasa bersalah sangat sebab tak dapat nak membantu mereka. Menangis hati ini kerana kehidupan mereka lalui. Sanggupkah kita melihat perkara ini jadi lagi? Jadi bantulah dan prihatinlah kepada sekeliling kita. Jadi manusia yang sentiasa melakukan kebaikan tanpa balasan pahala atau apa pun.
Bila kita bantu orang lain, kita ikhlas lakukan dan kita bantu ramai orang. Hati kita tenang dan bahagia. InsyaAllah. Percayalah.

Ulasan