Usah menjadi seorang yang sombong

Wahai sahabat,
Perlukah kita menjadi sombong untuk dibanggakan?

Tidak sahabat...
Jangan kerana kamu rasa kamu teramat mulia kamu manusia paling sombong di muka bumi ini.

Setiap manusia melalui beberapa fasa atau peringkat untuk membesar iaitu fasa kanak-kanak, fasa persekolahan, fasa universiti, fasa pekerjaan, dan fasa kekeluargaan. Setiap manusia yang panjang umurnya pasti melalui fasa-fasa tersebut. Dan tak semua manusia melalui fasa yang sama di umur yang sama.

Melihat kepada fasa-fasa tersebut fasa kanak-kanak adalah fasa yang manusia tak pernah kenal erti sombong ketika dahulu. Sejak dulu, kanak-kanak di dunia saling cuba mengenali diri mereka dan diri orang lain ketika melalui proses tumbesaran. Malah, walaupun mereka mempunyai ibu bapa yang sombong sekali pun mereka masih akan bercakap dengan sesiapa bila ditanya kerana kanak-kanak mempunyai satu perasaan ingin tahu yang tinggi.

Keadaan manusia menjadi sombong apabila berada di fasa universiti, pekerjaan dan kekeluargaan. Entahlah kenapa manusia seperti itu. Mereka nak sombong nak ke mana pun tak tahu lah. Pengalaman yang kita lalui, kekadang sahabat rapat kita di sekolah lebih sombong berbanding orang luar yang kita tak kenal bila mereka dah bekerja. Tak salahkan mereka kerana hak mereka untuk menjadi seseorang yang sebergitu.

Akan tetapi jadilah seorang yang tidak pernah sombong sesaat sekalipun. Kalau orang lain tak bertanyakan khabar kita, kita sendiri tanyakan khabar orang lain walaupun tidak dibalas. Letakkan diri kita seperti seorang yang akan diingati apabila nama kita sering disebut-sebut walaupun kita sudah tiada di dunia. Jangan pula nama kita di sebut-sebut tapi kerana sikap sombong kita.

Situasi 1 :

Minah : Rindu aku dekat Solehah, sejak dia takda ni, lain plak.
Mamat : Tula, dia walaupun jauh selalu juga wasup aku, sekarang ni sunyi dah wasup group sejak kawan kita tu takda.

Situasi 2 :

Minah : Saleh meninggal? mesti kau sedihkan kan.
Mamat : Saleh mana plak.
Minah : Weiii, Saleh besfren kau la masa sekolah, takkan tak tahu.
Mamat : Kau cakap baru aku tahu dia meninggal, aku dah tak rapat dengan dia, dia pun dah lama tak contact aku. Tup tup dah meninggal. Innalillah.
Minah : Oo nape korang dah tak kawan ke?
Mamat : Entah la sejak dia kawen dia dah lama tak contact aku, aku ritu call dia pun tak angkat. Bila dia meninggal? sakit ke?

Situasi 3 :

Minah : Kau tahu tak hari ini aku rasa kehilangan walaupun aku tak la rapat sangat dengan dia.
Mamat : Nape ni. sape meninggal plak kali ni.. hehe
Minah : Ciki, dia sakit pastu tetiba je masuk icu terus takda. Aku kenal dia dekat facebook je tapi dia selalu juga lah komen-komen apa aku post, bila dia takda ni rasa sedih plak.

Agaknya korang yang mana bila korang dah meninggal nanti?

Tak salah untuk menyembunyikan diri dari dunia untuk sesetengah manusia yang tidak terlalu aktif di alam maya. Tetapi bagi yang sangat aktif di alam maya atau cyber, mereka meluahkan segalanya di sana apabila di tanya, tidak dijawabnya. Sombong la tu..

Wasalam.


Semua yang baik datang dari Allah, semua yang buruk datang dari diri aku sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aura Maya vs SF Beauty

Harga dealer Sf Beauty

Bermalam di Farm Ville Cafe & Homestay