Buat yang terindah di dalam hati ini, Kak Syak, Kak Qoh, Kak Cik, Cah, Mayah & Abby, Tiada yang terindah selain kamu semua yang mencorakkan dunia ku. Aku harus bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana menjadikan aku sebahagian antara kamu semua. Darah yang mengalir dalam tubuh kamu semua adalah sama dalam tubuh ku. Aku gembira kerana wujud kamu semua untuk menghiburkan aku. Dalam kenangan membesar bersama ada suka dan ada duka. Tetapi semua itu adalah kenangan terindah buat diri ku. Lewat usia ini yang sudah mencecah 30 an. Aku melihat kamu semua membesar di depan mata. Melihat ibu bapa kita tua meniti usia. Aku sayang kamu semua, aku tahu kamu semua kuat untuk menghadapi segala musibah dan ujian dalam hidup ini. Aku selalu memandang tinggi dengan sikap kamu semua kerana setiap masalah yang datang sekali pun, kita tetap bersama. Apa jua sekali pun berlaku kita tetap ketawa dan menangis bersama. Sabarlah wahai kamu semua. Pasti ada hikmah...
Ulasan