Baik sering diuji, Jahat sering di keji

Tuhan memberitahu bahawa Dia akan menguji setiap hambaNya.
Dia memberi seribu satu duka dan lara dalam kehidupan manusia.
Dia juga memberi sejuta satu kebahagian dan kegembiraan dalam kehidupan manusia.
Tuhan hebat.
Dia menjadikan manusia dan segalaNya.
Dia meletakkan setiap manusia punyai hak.
Cuma manusia itu tidak sedar apa telah diberikan.

Keadaan kucar kacir ketika ini.
Aku tidak mengerti dan memahami seakan dunia sedang berputar berlawanan arah.
Atau di manakah aku sekarang.
Tuhan betul mengujiku.
Adakah Tuhan sayangkan aku atau Tuhan membalas dosa-dosa aku.
Tuhan tidak pernah kejam dan Dia paling penyayang.

Manusia kata aku jahat.
Aku pendosa yang tiada kemaafan.
Mereka menghina aku.
Seolah-olah aku pesalah murtad.
Betul ke?

Tuhan menguji menusia yang baik kerana Tuhan terlalu sayang padanya.
Tetapi mereka kata aku pendosa dan pesalah.
Kenapa aku diuji sehingga lara hatiku tiada kesudahan.

Jelas dan memang jelas aku pesalah dan pendosa.
Dan tiada siapa faham.
Malah tiada siapa cuma memahami.

Mereka hanya tahu mereka benar.
Segalanya benar.
Setiap perinci mereka lakukan adalah sempurna.
Dan mereka adalah ahli syurga.
Penentu dosa dan pahala.

Apakah dunia ini sangat kejam bilamana aku seorang pendosa ditentukan syurga atau neraka oleh mereka?

Mereka sepatutnya pergi dari lara ini.
Atau aku seharusnya pergi dari duka ini.

Manusia bukan penyayang.
Manusia terlalu jahat.
Manusia kejam.
Manusia pelupa bila kebaikan dilakukan.
Manusia simpan dan ingat sampai mati kesilapan dilakukan.

Baiklah.
Mereka mahu sempurna.
Dan ia bukan aku.

2018








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aura Maya vs SF Beauty

Harga dealer Sf Beauty

Bermalam di Farm Ville Cafe & Homestay