Catatan

Buat Suhaila

Imej
Suhaila..   Kenapa kau bersedih Sedangkan Allah sedang menguji mu Niat mu murni besar hajatnya Tapi mereka tak suka sebuah silaturrahim Anggapan mereka yang tertutup itu tetap tertutup   Yang menyusahkan itu terus menyusahkan hidup mereka Sedangkan mereka lupa Allah jadi manusia semua sama disisiNya Tak usahlah kau membenci mereka   Kau cermin diri kau sama seperti mereka cermin diri mereka Tetap nampak kau hanya manusia biasa Dan mati tetap bertemu Allah   Suhaila.. Pujuk hatimu sendiri Bukan salahmu ditemukan orang-orang sebegitu Untuk kau tahu manusia itu pelbagai ragam Rambut sama hitam tapi belum tentu baunya harum Mungkin kau penyedar buat mereka Kerana walaupun dihina, kau tetap tidak hina kembali Kau sudah cuba lafazkan apa kau rasa Allah lihat kau berusaha untuk cuba sedaya upaya   Untuk orang faham apa yang kau cuba sampaikan   Tapi mereka keras jiwa dan ego Kata-kata kau hanya makanan ringan bagi mereka Setelah mak...

Hati ku belum mati

Imej
Memang menulis di sini terapi buat aku =) Tiada yang lebih memgembirakan hati bila dapat peluang meluahkan apa yang tersimpan Hati ini terlalu jujur dan sukar untuk menerima kekalahan Sebuah kemenangan itu memang indah Tapi ia cabarannya menyakitkan Dalam hidup ini Tak semua yang kita impikan jadi nyata Aku sendiri pun masih tercari-cari erti hidup Dan satu benda aku pelajari di akhir bab ini Aku mungkin tak layak untuk mengasihi atau dikasihi seseorang Lagipun Tuhan berikan aku orang-orang yang berlawan arus dengan jiwa aku Tiada satu pun yang memahami aku Dan mereka tetap lelaki yang tidak pernah menerima aku seadanya Takpela, mungkin tiada lagi selepas ini Lebih baik aku berputus asa sebelum ia mematikan jiwa aku Aku terlalu sayang pada hati aku Tak mungkin aku akan biarkan ia mati sebegitu

Hanya tinggal secebis hati untuknya

Imej
Kerna cintaku dan cintamu Sememangnya satu cinta Takkan terpisah Terjaga dari tidur itu membuatkan saya terasa kesunyian di pagi hari Lalu aku menulis dan pusingkan lagu black 'takkan terpisah'  ........................................................................................................... Awak Kenapa hati awak resah setiap kali ia berlaku Maafkan saya kerana sentiasa mahukan hubungan yang sempurna Saya pun tidak menyangka banyak perbezaan pandangan kita berdua dalam sebuah hubungan yang sempurna itu Awak begitu Saya begini Cinta awak umpama dibarat Moden, professional dan matang Cinta saya umpama ditimur Klasik, jumud dan kolot Lama kelamaan lebih banyak kata-kata yang boleh membunuh jiwa saya Sedangkan saya hanya lakukan kesalahan yang sama sahaja Mungkin kata-kata dari awak selepas ini adalah kata-kata terakhir yang saya akan dengar Awak Kenapa menyalahkan jodoh di dunia ini Kenapa awak merungut kehadiran saya sebegini Kalau awak rasa te...

Pejabat Pos Malaysia servis paling teruk

Imej
Salam.. Ni cerita beberapa hari lepas tapi hari ini baru sempat nak update blog.. Cerita ni tak beberapa best nak kongsi sebab aku rasa nak makan orang.. Korang baca tajuk pun dah tahu kan macam mana.. Geram jer.. Errrrrrr.. Kaunter ada 4 tapi buka 2 saja.. Tak sistematik plak tu.. Kalau aku datang nak pos barang seketul je kena tunggu 3 jam.. Boleh tak asingkan mana yang kaunter yang nak buat lesen, bayar bil, beli setem dan pos barang.. Kalau campur aduk macam ni, mana tak marah semua orang.. Lagi satu dah nampak orang ramai, silalah rajin sikit pekerja buka kaunter baru.. Ni bukan sekali tau nak marah.. Tapi zaman belajar sampai sekarang service memang out la.. Nasib baik sekarang service poslaju dah ok.. Cuma mahal sikit.. hehehe.. So, sebagai pengguna.. aku nak luahkan pada pihak berkenaan.. Sila ambil tindakan sebab saya pun kesian tengok pakcik-pakcik tua yang merungut kat situ.. Jangan saya dengar lagi 'alahai, kaunter buka 2 je, orang ramai, dari dulu samp...

Rindu bertaut kembali

Imej
Rindunya nak menulis diari..... banyak benda nak share...... Tapi sibuk dengan kerja.. terlampau takda masa untuk diari ni..... Alahaiiiiii.. Rindunya..

Patah hati

Imej
P/s : ini bukan masalah aku dengan teman lelaki..  tapi......... masalah lain yang sukar untuk dibicara.. 

Penolak troli di pagi hari

Sesudah subuh tadi. Aku ke kekereta untuk mengambil gps. Kena cas sebab nak berjalan jauh hari ini. Di kereta ada kucin mengeow makanan. Ku berikannya wiskes. Kemudian ku naiki tangga ke tingkat satu rumah ku. bunyi macam ada troli bergerak menghala ke lif. lalu ku lihat. Jeng jeng jeng. Seorang budak lelaki darjah 4 agaknya sedang menolak troli pasaraya ke lift. Dia memang budak bukan hantu. Trolinya penuh dengan jualan nasi lemak ibunya. Pasti dia bangun seawal pagi untuk membantu ibunya menjual nasi lemak. Ku cuma senyum padanya.  Apakah nasib si penolak troli itu? Ia tak sama dengan kehidupan kanak2 lain. Kanak2 lain masih tidur ketika ini kerana kepenatan bermain menyambut kemerdekaan semalam. Tapi dia seorang penolak troli yang pasti disuruh ibunya tidur awal kerana esok pagi dia kena menolong ibunya menjual nasi lemak. Masih adakah nasib manusia seperti itu walaupun di kota? Apakah nasibnya selepas ini.? Ku doakan ia menjadi seorang yang berjaya ...

Akulah pesalah

Detik 31 ogos malam ini ku menulis Sebuah puisi orang bodoh Kebudak budakan tiada unsur kematangan Memberitahu satu rahsia Dia baik tapi dia jahat Kejahatan dia sengaja butakan Sedaya upaya dia cuba putarkan Agar nampak baik didepan mereka Dia merana seorang diri Murah airmatanya Tak peduli walaupun tiada bersimpati Dia suka melihat mereka senyum gembira Tapi dia sukar dapatinya Hidupnya kucar kacir Dia cuba baiki dan ikut caranya Tapi tiada seorang pun berkenan Tiada seorang mahu bantunya Walaupun dia suka bantu orang Nampak mukanya kepenatan Bukan kerana kerja tetapi kerana berdendam Seorang penakut dengan kesalahan Banyak kesalahannya sebenarnya Cuma dia tak nampak Tiada orang yang tak bersalah nak beritahunya Sehingga seseorang suruh cermin diri sendiri Dia mula merasakan dianya tiada guna Kesedaran itu mula muncul Dia keliru Dia sedih kerana dia adalah dia Dia itu aku Akulah pesalah Maafkan aku.. aku mahu lari dari segalanya.. Tuhan.. ambil aku jik...

Tunduk walaupun benar

Imej
Langit tak selalunya cerah.. Kerana Allah tahu ku akan telan segala yang pahit.. menerima segala yang silap.. walaupun mulut ku berbisa.. mempersoalan kesilapan sesorang tetapi Allah tahu ku mampu lagi terimanya.. Allah tahu ku mampu menelan kekasaran, mengalah dan bertahan.. bertahun airmata ini jatuh tiada simpati.. siapa kesah.. siapa peduli.. setiap saat salah dalam hidup sesiapa.. kekadang datang ketakutan untuk membuat keputusan sendiri.. lepas keadaan kembali pulih, ku nampak sinar baru dalam hidup.. ku cuba buat keputasan sendiri lagi.. tapi terpaksa menelan kesakitan lagi..  ia cuma bayang hitam.. dengan telunjuknya ku ikut.. ku terima segalanya.. tak pernah berubah walaupun untuk aku..  sehingga ku menjadi sehina-hina manusia di sisi mereka yang mengenalinya.. setiap kekasaranku.. dikatanya 'kau percaya pada Allah? jika percaya, minta padaNya'.. setiap kekasarannya hanya airmata ini jatuh membasahi sujudku.. kenapa tidak kau pula meminta pada Allah agar ku ...

Cinta aku

Imej
Nasib malang sering menjadi teman hidupku Kerana nasib itu ku belajar erti kehidupan Difikirkan Orang lain tak mampu seperti aku Sungguh derita peristiwa lalu Hadapi kesan hingga saat ini Gelap Ada indah di merata memori Tapi kepahitan terselit masuk Benci dan dendam Penuh di dada Kesukaran untuk melepaskannya Kekadang berdendam dengan diri sendiri Benci teramat kisah diri Aku Yang pasti aku Tetap aku Cinta aku Hanya aku