Catatan

Biarlah

Imej
Sampai satu tahap Kita sedang asyik menulis Panjang lebar tulisan kita Tetiba kita tak rasa nak tekan butang hantar Setelah itu kita padam Dan otak tak fikirkan apa apa lagi Lalu hati berkata Biarlah

Tidak mengapa jika begitu

Sudah lama laluinya Terkadang agak membosankan Tidak mengapa jika begitu Kesudahanya Hanya Tuhan tahu Dear, Suhaila

SF Beauty Original & Murah

Imej
Salam.. Siapa tak risau kan kalau benda yang kita pakai memudaratkan kita, terutama kesihatan badan kita.. Semua orang nak rasa sihat dan cantik seumur hidup.. Betul tak? Dengan guna produk SF Beauty muka saya dan ramai lagi regular customer saya yang jatuh cinta dengan produk ni.. Hampir 3 tahun saya menggunakannya, tiada sebarang masalah pun.. Mereka cakap pakai SF Beauty tak boleh pregnant,  peranakan rosak dan macam-macam lagi perkara yang memudaratkan..  Bulan lepas saya ada COD pada regular customer saya di Klang, dia tak dapat ambil sebab dia masih dalam pantang lepas bersalin, saya pun tanya dia samada dia pakai produk ni sebelum pregnant ke.. dia jawab dia pakai lama dah, sebelum pregnant dan selepas bersalin pun still pakai lagi.. tak da masalah apa pun pada diri dia dan kandungan.. Emm.. saya pun hairan kalau orang cakap pakai SF Beauty tak boleh pregnant.. Rezeki tu Tuhan bagi bukan sebab produk.. Sama kes dengan adik saya, dia memula dah mulai bosan paka...

Lelah ku tidak ke mana

Imej
Perjalanan hidup ini menduga ku Sukar untuk diluahkan dalam sebuah tulisan Kecuali berpeluang merasai Sungguh lelah ku di kota Merindui warga kampung Mata ku kekadang penat untuk melihat sekeliling Aku tak rindui waktu dulu Tiada apa yang indah ketika dulu Demi meneruskan hidup Ku cari rezeki Allah Ku rempuh segala ujian hidup Ku masih bernafas untuk bekerja Pernah ku kecewa  Harapan yang aku impikan menjadi duka Sehingga aku rasa mungkin tak perlu berharap lagi Hati ini sungguh kecewa dengan segala keputusan Ku tak membenci Tapi ku mahu diam bila tiba waktunya Ketika tadi Lamunan ku terhenti di lorong smartag tol Kenapa boleh aku lupa letak smartag di atas dashboard Fikiran ku penuh dan padat  Lalu ku berhenti di tepi lebuhraya Menghembuskan nafas yang panjang Aku terlalu lelah Menghadapi hidup Ingin aku  Memegang tangan seseorang Baring di atas rumput Melihat langit yang putih kebiruan Cukup it...

Hai.. saya update blog huhu

Imej
Salam buat semua.. Ini bebetul serius nak ngaku yang tetiba ada perasaan malu masa update blog.. yela.. macam dah mati plak zaman keblogan.. hehehe sebenarnya sambil mengupdate blog di kerusi urut aeon.. hehehee dasyat tak??? Hahaha.. Hari jadual memang pack gegiler.. keje kat site memang tak pernah siapa selagi projek tak habis.. pastu tergesa-gesa gi pejabat pos, jumpa customer dan sekarang tengah tunggu wayang kat ioi.. Tak sabar esok nak cuti panjang.. yeyyyy.. Oklah.. kite dah pening nak fikir sal warna pelamin dan baju sanding.. baju nikah memang dah decided.. tapi warna2 utama ni susah sikit.. haishhh.. serius.. memang tak tahu.. belah sana dah menanya nak letak hantaran bape.. alamak.. Sebenarnya aku la paling tak kesah bab hantaran asalakan duit kenduri cukup.. acececece.. Betul laaa.. Ok laa.. lain kali sambung.. bye.. AD

Buat Suhaila

Imej
Suhaila..   Kenapa kau bersedih Sedangkan Allah sedang menguji mu Niat mu murni besar hajatnya Tapi mereka tak suka sebuah silaturrahim Anggapan mereka yang tertutup itu tetap tertutup   Yang menyusahkan itu terus menyusahkan hidup mereka Sedangkan mereka lupa Allah jadi manusia semua sama disisiNya Tak usahlah kau membenci mereka   Kau cermin diri kau sama seperti mereka cermin diri mereka Tetap nampak kau hanya manusia biasa Dan mati tetap bertemu Allah   Suhaila.. Pujuk hatimu sendiri Bukan salahmu ditemukan orang-orang sebegitu Untuk kau tahu manusia itu pelbagai ragam Rambut sama hitam tapi belum tentu baunya harum Mungkin kau penyedar buat mereka Kerana walaupun dihina, kau tetap tidak hina kembali Kau sudah cuba lafazkan apa kau rasa Allah lihat kau berusaha untuk cuba sedaya upaya   Untuk orang faham apa yang kau cuba sampaikan   Tapi mereka keras jiwa dan ego Kata-kata kau hanya makanan ringan bagi mereka Setelah mak...

Hati ku belum mati

Imej
Memang menulis di sini terapi buat aku =) Tiada yang lebih memgembirakan hati bila dapat peluang meluahkan apa yang tersimpan Hati ini terlalu jujur dan sukar untuk menerima kekalahan Sebuah kemenangan itu memang indah Tapi ia cabarannya menyakitkan Dalam hidup ini Tak semua yang kita impikan jadi nyata Aku sendiri pun masih tercari-cari erti hidup Dan satu benda aku pelajari di akhir bab ini Aku mungkin tak layak untuk mengasihi atau dikasihi seseorang Lagipun Tuhan berikan aku orang-orang yang berlawan arus dengan jiwa aku Tiada satu pun yang memahami aku Dan mereka tetap lelaki yang tidak pernah menerima aku seadanya Takpela, mungkin tiada lagi selepas ini Lebih baik aku berputus asa sebelum ia mematikan jiwa aku Aku terlalu sayang pada hati aku Tak mungkin aku akan biarkan ia mati sebegitu

Hanya tinggal secebis hati untuknya

Imej
Kerna cintaku dan cintamu Sememangnya satu cinta Takkan terpisah Terjaga dari tidur itu membuatkan saya terasa kesunyian di pagi hari Lalu aku menulis dan pusingkan lagu black 'takkan terpisah'  ........................................................................................................... Awak Kenapa hati awak resah setiap kali ia berlaku Maafkan saya kerana sentiasa mahukan hubungan yang sempurna Saya pun tidak menyangka banyak perbezaan pandangan kita berdua dalam sebuah hubungan yang sempurna itu Awak begitu Saya begini Cinta awak umpama dibarat Moden, professional dan matang Cinta saya umpama ditimur Klasik, jumud dan kolot Lama kelamaan lebih banyak kata-kata yang boleh membunuh jiwa saya Sedangkan saya hanya lakukan kesalahan yang sama sahaja Mungkin kata-kata dari awak selepas ini adalah kata-kata terakhir yang saya akan dengar Awak Kenapa menyalahkan jodoh di dunia ini Kenapa awak merungut kehadiran saya sebegini Kalau awak rasa te...

Pejabat Pos Malaysia servis paling teruk

Imej
Salam.. Ni cerita beberapa hari lepas tapi hari ini baru sempat nak update blog.. Cerita ni tak beberapa best nak kongsi sebab aku rasa nak makan orang.. Korang baca tajuk pun dah tahu kan macam mana.. Geram jer.. Errrrrrr.. Kaunter ada 4 tapi buka 2 saja.. Tak sistematik plak tu.. Kalau aku datang nak pos barang seketul je kena tunggu 3 jam.. Boleh tak asingkan mana yang kaunter yang nak buat lesen, bayar bil, beli setem dan pos barang.. Kalau campur aduk macam ni, mana tak marah semua orang.. Lagi satu dah nampak orang ramai, silalah rajin sikit pekerja buka kaunter baru.. Ni bukan sekali tau nak marah.. Tapi zaman belajar sampai sekarang service memang out la.. Nasib baik sekarang service poslaju dah ok.. Cuma mahal sikit.. hehehe.. So, sebagai pengguna.. aku nak luahkan pada pihak berkenaan.. Sila ambil tindakan sebab saya pun kesian tengok pakcik-pakcik tua yang merungut kat situ.. Jangan saya dengar lagi 'alahai, kaunter buka 2 je, orang ramai, dari dulu samp...

Rindu bertaut kembali

Imej
Rindunya nak menulis diari..... banyak benda nak share...... Tapi sibuk dengan kerja.. terlampau takda masa untuk diari ni..... Alahaiiiiii.. Rindunya..