Catatan

Penolak troli di pagi hari

Sesudah subuh tadi. Aku ke kekereta untuk mengambil gps. Kena cas sebab nak berjalan jauh hari ini. Di kereta ada kucin mengeow makanan. Ku berikannya wiskes. Kemudian ku naiki tangga ke tingkat satu rumah ku. bunyi macam ada troli bergerak menghala ke lif. lalu ku lihat. Jeng jeng jeng. Seorang budak lelaki darjah 4 agaknya sedang menolak troli pasaraya ke lift. Dia memang budak bukan hantu. Trolinya penuh dengan jualan nasi lemak ibunya. Pasti dia bangun seawal pagi untuk membantu ibunya menjual nasi lemak. Ku cuma senyum padanya.  Apakah nasib si penolak troli itu? Ia tak sama dengan kehidupan kanak2 lain. Kanak2 lain masih tidur ketika ini kerana kepenatan bermain menyambut kemerdekaan semalam. Tapi dia seorang penolak troli yang pasti disuruh ibunya tidur awal kerana esok pagi dia kena menolong ibunya menjual nasi lemak. Masih adakah nasib manusia seperti itu walaupun di kota? Apakah nasibnya selepas ini.? Ku doakan ia menjadi seorang yang berjaya ...

Akulah pesalah

Detik 31 ogos malam ini ku menulis Sebuah puisi orang bodoh Kebudak budakan tiada unsur kematangan Memberitahu satu rahsia Dia baik tapi dia jahat Kejahatan dia sengaja butakan Sedaya upaya dia cuba putarkan Agar nampak baik didepan mereka Dia merana seorang diri Murah airmatanya Tak peduli walaupun tiada bersimpati Dia suka melihat mereka senyum gembira Tapi dia sukar dapatinya Hidupnya kucar kacir Dia cuba baiki dan ikut caranya Tapi tiada seorang pun berkenan Tiada seorang mahu bantunya Walaupun dia suka bantu orang Nampak mukanya kepenatan Bukan kerana kerja tetapi kerana berdendam Seorang penakut dengan kesalahan Banyak kesalahannya sebenarnya Cuma dia tak nampak Tiada orang yang tak bersalah nak beritahunya Sehingga seseorang suruh cermin diri sendiri Dia mula merasakan dianya tiada guna Kesedaran itu mula muncul Dia keliru Dia sedih kerana dia adalah dia Dia itu aku Akulah pesalah Maafkan aku.. aku mahu lari dari segalanya.. Tuhan.. ambil aku jik...

Tunduk walaupun benar

Imej
Langit tak selalunya cerah.. Kerana Allah tahu ku akan telan segala yang pahit.. menerima segala yang silap.. walaupun mulut ku berbisa.. mempersoalan kesilapan sesorang tetapi Allah tahu ku mampu lagi terimanya.. Allah tahu ku mampu menelan kekasaran, mengalah dan bertahan.. bertahun airmata ini jatuh tiada simpati.. siapa kesah.. siapa peduli.. setiap saat salah dalam hidup sesiapa.. kekadang datang ketakutan untuk membuat keputusan sendiri.. lepas keadaan kembali pulih, ku nampak sinar baru dalam hidup.. ku cuba buat keputasan sendiri lagi.. tapi terpaksa menelan kesakitan lagi..  ia cuma bayang hitam.. dengan telunjuknya ku ikut.. ku terima segalanya.. tak pernah berubah walaupun untuk aku..  sehingga ku menjadi sehina-hina manusia di sisi mereka yang mengenalinya.. setiap kekasaranku.. dikatanya 'kau percaya pada Allah? jika percaya, minta padaNya'.. setiap kekasarannya hanya airmata ini jatuh membasahi sujudku.. kenapa tidak kau pula meminta pada Allah agar ku ...

Cinta aku

Imej
Nasib malang sering menjadi teman hidupku Kerana nasib itu ku belajar erti kehidupan Difikirkan Orang lain tak mampu seperti aku Sungguh derita peristiwa lalu Hadapi kesan hingga saat ini Gelap Ada indah di merata memori Tapi kepahitan terselit masuk Benci dan dendam Penuh di dada Kesukaran untuk melepaskannya Kekadang berdendam dengan diri sendiri Benci teramat kisah diri Aku Yang pasti aku Tetap aku Cinta aku Hanya aku

Baju raya 1 Syawal

Imej
Ramadhan ke 25.. Sudah hampir pada hari kemenangan umat Islam.. MasyaAllah.. sungguh cepat masa berlalu.. Sayu hati mendengar lagu raya di corong radio.. Apatah lagi takbir raya yang bakal didengari oleh semua umat Islam.. Berlalu pergi malam-malam keberkatan yang ditunggu-tunggu selama ini.. Lailatuqadar tetap malam rahsia.. Kalau malam ini hidup seperti hari raya.. Belum tentu malam-malam di bulan lain sama seperti ini.. MasyaAllah, hibanya rasa.. Tarawih yang kan ku rindui.. Bulan keberkatan yang ku impikan.. Belum pasti ku akan temui lagi.. Kerna nadi ku boleh berhenti bila-bila masa sahaja.. 1 Syawal bakal tiba.. Tiada sambutan besar-besaran dari ku pada hari itu.. Hanya impikan dapat bersama keluarga tercinta.. Memakai busana yang sederhana..  Hasil upah jahitan mak saudara ku.. Sambil ku niat sedekah buat mereka sekeluarga.. Sungguh berlainan tahun ini sambutan aidifitri ku.. Serba sederhana buat ku.. Moga merasakan perasa...

Ramadan bulan penilaian diri

Imej
Bulan yang iblis tiada ni la bulan ujian buat manusia mengenal diri sendiri samada dekat pada Allah atau jauh pada Allah.. jika kita berusaha merebut melakukan ibadah pada Allah di dalam bulan ini, maka menunjukkan manusia itu berusaha untuk berubah diri sepenuhnya ke arah kebaikan.. insyaAllah, Allah nampak usaha itu.. tapi jika manusia hanya leka dan menunggu ramadhan akan datang untuk melakukan ibadah, maka manusia itu bakal menjadi kawan si iblis di neraka kelak.. kerana sebelum bulan ini datang, iblis sudah tinggalkan wasiat buat manusia, alangkah gembiranya mereka melihat manusia yang masih mengikutinya walaupun mereka dikurung ketika di bulan ini..  ~Mahukah kita membuat Nabi Muhammad mengalirkan airmata lagi ketika melihat umatnya menjadi peganti iblis di bulan ini? ~Mahukah kita menjadi manusia yang tidak bersyukur dan sombong dengan peluang, pahala yg berlipat ganda Allah mahu berikan? MasyaAllah.. Renung-renungkan..

Cara hilangkan jerawat dan kulit kusam menggunakan Sabun Significant Skin Care dan Sabun Gluta Kojic

Imej
Assalamualaikum.. hai korang.. makin hari terasa makin tua.. betul tak.. terutama diri saya yang masih belum berkahwin ni.. bujang terlajak sudah.. hehe.. waktu kerja saya juga membataskan saya untuk mensolekkan diri kerana saya kerja di tempat yang panas.. kalau pakai makeup yang banyak bahan kima tu.. make up boleh cair ma.. dan sedikit bahaya pada kulit muka.. boleh menyebabkan kedutan, jerawat, jeragat yang berparut dan kusam .. jadi, sungguh bertuah korang hari ini sebab saya dah ada sedikit masa lapang untuk kongsi dengan korang tips-tips yang tak seberapa la.. Sebabkan banyak yang saya nak terangkan nanti.. jadi, saya buat ia jadi 1 post untuk setiap step.. boleh?? lebih senang kan.. tapi sebelum tu saya nak tunjuk secara keseluruhan atau secara ringkas apa rutin harian saya.. yang paling ringkas dan saya gunakan setiap hari.. Ini adalah tips ringkas yg saya kepilkan pada semua customer yg beli produk dengan saya.. sedikit untuk panduan semua..  Step pertama yang...

Sabun Gluta Kojic Baru

Imej
Drop-ship stokis for Bestbuybeauty Plaza in Selangor and Kuala Lumpur area. PM UNTUK HARGA MURAH!!!  ----->   https://www.facebook.com/SignificantSkinCare/info Sumber : Bestbuybeautyplaza Sumber : Bestbuybeautyplaza SABUN GLUTATHIONE COLLAGEN 100 GRAM FORMULA TERBAIK + KESAN MENAKJUBKAN (GABUNGAN COLLAGEN & GLUTATHIONE) KELULUSAN ANTARABANGSA BFAD (Bureu of Food and Drugs) BIRO DADAH DAN UBAT ANTARABANGSA RDII-MM-CT-0492 Kelebihan: Mengecutkan jerawat dalam masa 1 - 2 minggu Memudarkan & menghilangkan parut & cela Mengurangkan & menyelesaikan masalah pigmentasi @ jeragat Mengurangkan kedutan Mencerahkan kulit yang kusam/gelap Menyamaratakan tona kulit yang tidak sekata Mencerahkan kulit dicelah2 lipatan Boleh digunakan untuk muka & badan Memberi kelembapan yang sempurna Penggunaan berterusan akan membuat kulit lebih bersinar & bermaya tanpa solekan yang tebal Bahan Kandungan yang terdapat dalam sabun ini:- GLUT...

Modest Culture by Prof Muhaya

Imej
Kasih Ibu tiada akhirnya.. InsyaAllah akan ku jadi seorang anak yang terbaik buat ibuku.. Meskipun ku tahu mana kelemahan ku.. Amin.. Hari minggu ni kena cuba terjah ke butiknya di Kajang tu la.. huhuu.. Sesiapa yang berminat sama.. boleh ke website terus  http://modestculture.com/

Insaflah wahai masyarakat

Semua pakat nak jadi Mak Jemah sekarang.. Huhuhuhuuu.. Assalamualaikum.. salam ramadhan buat muslimat semua.. sungguh hari ini saya rasa terkilan dengan segelintir masyarakat yang suka menjaga tepi kain orang.. sekarang dunia IT, skop menjaga tepi kain orang tu luas ertinya.. bukan sibuk hal rumah tangga orang sahaja.. tapi meliputi semua aspek.. sebab tu orang cakap, sibuk sangat nak jaga tepi kain orang.. sedangkan kain sendiri yang carik tak terjahit.. Saya bosan nak tengok Facebook kekadang.. bila saya ada masa untuk tengok status update di facebook, saya puas scroll sampai bawah tapi macam orang sama je yang rajin update.. mereka seolah-olah 24 jam bersama facebook.. agaknya masa nak basuh kencing pun sebelah tangan pegang handphone kot..  Ingat tak dulu, tahun 2007 macam tu, facebook tu artis jer main sebab masyarakat biasa main friendster jer.. tak pun my space atau tagged.. tapi tagged sekarang dah jadi laman sosial lucah.. kalau kesunyian atau gersang nak ...