Pergi Kelas Dalam Keadaan Pucat Kerana Masih Dalam Pantang Akhirnya Konvo Master jua

Assalamualaikum pembaca yang setia,

Hari ini aku ada nak kongsi cerita pengalaman menghabiskan pengajian Sarjana di IPA tempatan. Sebenarnya sejak dari habis degree lagi aku memang teringin nak sambung master. Tapi kenangkan sebagai anak sulung dan ada 6 orang adik beradik lagi, mungkin aku harus kerja dulu. Dan dekat 7 tahun juga la bekerja di bidang swasta. Kerja memang seronok sebab banyak yang kita akan belajar.

Tahun 2015 aku berkahwin dan disahkan mengandung pada tahun yang sama, ketika tu masih bekerja dan tak terfikir nak sambung belajar pun, lepas dah bersalin barulah terfikir tentang pengasuh anak. Waktu tu memang tak sanggup nak tinggalkan anak seusia 2 bulan ke pengasuh atau taska, jadi aku pun buat keputusan berhenti kerja.

Dalam duk fikirkan macam mana nak selesaikan masalah taknak bagi aku sentiasa risau tentang anak. Bukan apa, aku kerja full day, masuk jam 9 pagi balik jam 6 petang dan sabtu kekadang kerja. Suami pula ketika tu masih kerja swasta dan full day juga. Ketika tu dah boleh tengok masa depan akan berlaku macam mana, pepagi buta hantar anak pergi taska dan malam baru jumpa anak. OK TAK SANGGUP.

Mungkin ada sesetengah orang mereka terpaksa kerana mereka perlu mencari rezeki tetapi untuk aku, aku memang nekad untuk berhenti kerja untuk jaga anak sementara dia membesar. Dan ketika itu, aku selalu fikir apa aku nak buat lepas berhenti kerja. Hmmmmm???

Aku ambil keputusan sambung belajar untuk ke peringkat Sarjana di UKM. Aku ingat lagi aku cakap dengan bos ketika tu aku nak pergi daftar sambung belajar, dia cakap kalau dia pandai dia pun nak sambung belajar. Hahaha.. Waktu tu aku masih pregnant dan sebenarnya masa dalam pregnant dah terfikir cuma tak serius. Lepas bersalin tu baru betul-betul pergi daftar semua.

Masih ingat lagi waktu tu, seminggu awal pantang aku baru sempat nak cek email ke apa semua. Tak sangka plak aku diterima untuk sambung master di UKM. Pastu waktu tu yang banyak fikir nak pergi ke tak sebab masih berpantang kan. haha..

Bila nak dekat-dekat habis pantang pergi daftar dan masuk kelas pertama. Umi datang sini dan jaga baby sekejap sementara aku pergi daftar. Hari pendaftaran tu aku rasa macam berbezanya masa aku daftar degree dulu. Sorang-sorang kan.. Kalau dulu degree dengan ibu bapa.. hehe.. Tapi dewan pendaftaran tu penuh je dengan orang. Aku mula rasa aku paling tua di situ. haha

Balik rumah dapat kad matrik dan aku snap gambar anak dengan kad matrik hehe..

Btw, aku takut nak bagitahu kawan-kawan tentang aku sambung sebab aku takut terkandas di jalan raya hahaha.. So semua senyap-senyap, sampai nak habis-habis tu baru sedikit-dikit ramai yang dah tahu sebab aku nak siapkan tesis yang memeningkan tu.

Kelas pertama, aku rasa aku pergi paling awal dan duduk dekat tangga tunggu. Aku ingatkan aku salah kelas dah tapi tetiba ada orang datang tanya kos sama aku. Betullah, ini la kot kawan-kawan kelas aku. Kebetulan ada mereka juga yang umur lebih tua dari aku. Masih ingat salah seorang kawan kelas tegur nape kau nampak pucat sangat?? Ohmaigod.. nampak ke.. haaa

Mereka tak tahu aku masih berpantang. hehe.. Lepas dah perkenalkan diri baru aku digelar kakak kawasan dalam kelas. Hehe.. mereka semua panggil Kak Su kerana aku yang dah kahwin dan ada anak. Btw Kak Su memang enjoy sekelas dengan korang semua.

Oklah. serius sikit la. Sambung belajar ni takda la perkara yang susah pun. Cuma yang susah bila kita terlalu banyak komitmen. Macam aku, usia dekat 30An baru sambung, jadi waktu tidur, waktu belajar, waktu bekerja dan waktu menguruskan keluarga sangat berbeza dengan waktu kita single dan muda.

Aku sempat masuk kerja kejap dan pergi kelas sekali. Aku mula cari pengasuh sekejap untuk anak sebab tak boleh nak susahkan umi selalu. Nasib baik juga dapat bos yang baik selalu bagi aku gi kelas waktu aku bekerja. Dan alhamdulillah aku juga dapat cari pengasuh yang baik.

Selepas berhenti kerja aku memang full time belajar dan seminggu dalam 3 hari kelas. Aku hantar pengasuh 3 hari jer dan tak la full day. selalunya waktu ada kelas je. Dan memang banyak masa aku dengan anak. Malam sebelum jam 10 memang aku buat asignment dan dalam kepayahan memasak kemas rumah semua, nak basuh berak anak lagi, anak nak susu lagi. Mencabar la bagi aku.

Ada ketika dan banyak moment yang aku buat kerja asignment sambil susukan anak. haha.. Dan secara kebetulan suami khusus selama setahun, akhir minggu baru balik. Kekadang sebulan tak balik. Jadi lagi mencabar hidup aku hahaha..

Perkara yang paling tak dapat dilupakan adalah sebelum masuk kelas pam susu dulu dalam kereta. simpan susu pam dalam beg, lepas masuk kelas pam susu lagi waktu otw balik rumah. Dan banyak kali juga baju memang basah sentiasa sebab susu keluar tandakan waktu menyusukan anak. hehe..Masuk tandas cuci botol susu.. ok rasa sangat enjoy dengan moment-moment tu.. memang macam tak sangka akan berlaku dan tak terfikirkan pun akan berlaku macam tu. hahaa

Masa aku ada case study dekat Langkawi pergi dengan kawan-kawan sekelas dan aku siap request peti ais sebab nak simpan susu untuk bekukan. Wahaha.. pastu call Malaysia Airline nak inform dorang nak bawa susu beku tu dalm cabin, dan dorang bagi bawa. Hehe..

Nasib kawan sekelas lelaki ramai dah berkahwin, jadi mereka faham benar situasi aku. Kelas kami tak rasa pelik la sangat sebab masing-masing memahami. Aku sentiasa bawa biskut susu untuk tambahkan susu badan dan bagi berkhasiat. Rakan sekelas yang sentiasa lapar sentiasa terliur dengan biskut susu aku tu.. haaa.. okla cukup tentang itu...

Pada akhir-akhir sem anak mula dah nak masuk 2 tahun dan pengasuh pula pregnant dan nak bersalin. Jadi banyak aku bawa anak ke Universiti sama kalau ada apa-apa aktiviti kelas. Dan paling tak dapat lupa bawa anak untuk VIVA. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan lulus dengan jayanya. Setahun juga tunggu nak konvo sebab terlepas konvo yang awal. Biasalah aku tak mampu nak GOT kan diri hehehe..Tapi biar lambat asalkan tercapai juga nak konvo. Siap dapat sidang canselor lagi tu walaupun rasanya diri ini tidak layak. Ini semua bantuan adik-adik sekelas.. Terima kasih.

Jom tengok gambar sepuas hati.. haha
















Sambung PHD? Ok ada nak sponsor plak ke? Hehe...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aura Maya vs SF Beauty

Harga dealer Sf Beauty

Bermalam di Farm Ville Cafe & Homestay