Seketika terima kasih

Jika diperlihat dunia yang lain
Mungkin bukan aku yang layak
Berasa sesuatu yang sukar di depan
Beratnya mata untuk bangkit
Maafkan aku bukan untukmu
Manisnya pertemuan
Tiada penghalang untuk bersama
Inikan untuk selamanya
Hanya perlu menanggung
Keresahan hati tiada kesudahan
Kerana wujud ikatan tanpa cinta

Masih boleh wujud sayang
Hanya bermain dengan masa
Pula bagaimanamu
Sanggup menunggu sesuatu yang tidak mendapat balasan

Sudah tiba masa
Untuk undur diri
Dari semua ini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aura Maya vs SF Beauty

Harga dealer Sf Beauty

Bermalam di Farm Ville Cafe & Homestay