Catatan

Hujung 2023

Hari ini, lepas aku kena halau dengan perkataan. ‘Selagi Su tak minta maaf, abang takkan redha’ Aku pun tiba di rumah ibu bapa ku. Setelah aku angkat semua barang dari bonet kereta. Anak-anak pun dah siap masuk rumah. Aku pun nak pergi dobi baju sebab baru balik dari family day mertua. Ada seorang budak umur 6 tahun. Dia pegang dua plastik beg dari kedai runcit, dan dia berhenti seketika. Lalu aku tanya la.  ‘Kenapa tu dik?’  Dia pun jawab ‘takda apa, cuma berat sebab ais.’ Aku tanya lagi. ‘Rumah mana? Kenapa jalan sorang? Marilah acik hantarkan.’ Rumah dia atas sikit, jadi aku pun tumpangkan dia. Sampai rumah dia. Rezeki dia hari ini, kalau tak sampai rumah cair ais, sebab tengah hari panas. Cerita aku pergi dobi plak. Waktu nak dryer. Aku memang dah cop 2 dryer nak keringkan baju aku yang siap basuh tu. Kiranya ada 2 last dryer kosong.  Tiba-tiba ada pasangan suami isteri ni siap baju dia basuh. Dan dia pun dah gelabah kena tunggu dryer. Jadi aku bagi dorang dulu la yg dryer aku satu

Salah aku

Imej
Katanya salah aku Katanya lagi niat ku salah Dan paling pedih katanya hati ku hitam Kenapa tak cakap je aku ahli neraka? My mood sekarang kalau boleh nak pejam mata je, dia tahu penat dia je.. dia xtahu penat kita.. burr

Pendosa abadi

Imej
Rupanya aku yang salah Hidup ini adalah ciptaan yang dibuat oleh aku dan melukakan banyak hati rupanya Dia kata aku sombong dengan Tuhan Dia sampaikan yang aku ni ahli neraka kelak Dia ada hak segalanya Aku terima bila orang kata aku bersalah segalanya Ampunkan aku Tuhan

Kirimankan utusan ini kepada Tuhan

Imej
  Assalamualaikum Abah Hari ini anak abah halau su Sebenarnya bukan itu tujuannya ke mari Mungkin tiada tempat nak mencerita masalah selain di sejadah Umur pun dah tua, anak pun dah dua Rasa malu nak kongsi dengan sesiapa Mengingatkan abah orang yg paling dekat dengan Tuhan Sampaikanlah luahan ini kepada Tuhan Tak tahulah kenapa dengan diri ini Sedih melihat diri sendiri Hati ini tak pernah bahagia Cuma menjalankan kehidupan harian biasa Teringin nak jadi suhaila yang dulu Bukan seperti ini Tak tahu apa yang merasuk jiwa ini Keadaan selalu tertekan dan tak dapat nak maafkan apa yang telah berlaku selama ini Abah, kalaulah abah tahu apa yg anak abah buat pada su Sakit dia hanya Allah tahu Tapi mungkin salah su juga Sebab tak menjadi isteri yg baik Tak berlaku baik pada dia Menjadi ibu bukanlah mudah Kesian cucu cucu abah dapat ibu yang jahat macam ni Terkilan kerana ingatkan dia mampu berubah Namun, sejak perkahwinan sehingga sekarang dia tetap orang yang sama sebelum berkahwin Tapi mac

Kepayahan berubah

Imej
Manusia mahluk Tuhan Payah betul nak berubah Hafallah sebuku Al Quran pun  Kalau masih tak berubah Seperti kucing yang degil akan berak rumah jirannya juga Tawar hati hidup dengan manusia yang tak pernah berubah Malah penipuan adalah jalan terbaiknya Mungkin perpisahan lebih indah selepas itu

Kehidupan selepas berkahwin bukanlah seindah diimpikan

Imej
Mungkin aku salah mentafsir sebelum ini yang perkahwinan itu suatu yang indah. Aku cuma berharap ia bukan suatu keputusan yang mudah setelah apa yang terjadi. Sebenarnya keikhlasan, kejujuran dan kesetiaan itu penting. =)

Bermalam di Farm Ville Cafe & Homestay

Imej
Assalamualaikum. Aku nak cerita pengalaman menginap di homestay Farm Ville yang terletak di jalan tepi sawah Sekinchan. Korang boleh je cari nama Farm Ville dalam waze mahupun facebook untuk booking. Rata dia takda la mahal sangat macam yang aku ambil ni family room yang mengadap sawah padi dalam rm198 semalam. Dan selebihnya korang boleh tengok seperti dalam gambar.

Pergi Kelas Dalam Keadaan Pucat Kerana Masih Dalam Pantang Akhirnya Konvo Master jua

Imej
Assalamualaikum pembaca yang setia, Hari ini aku ada nak kongsi cerita pengalaman menghabiskan pengajian Sarjana di IPA tempatan. Sebenarnya sejak dari habis degree lagi aku memang teringin nak sambung master. Tapi kenangkan sebagai anak sulung dan ada 6 orang adik beradik lagi, mungkin aku harus kerja dulu. Dan dekat 7 tahun juga la bekerja di bidang swasta. Kerja memang seronok sebab banyak yang kita akan belajar. Tahun 2015 aku berkahwin dan disahkan mengandung pada tahun yang sama, ketika tu masih bekerja dan tak terfikir nak sambung belajar pun, lepas dah bersalin barulah terfikir tentang pengasuh anak. Waktu tu memang tak sanggup nak tinggalkan anak seusia 2 bulan ke pengasuh atau taska, jadi aku pun buat keputusan berhenti kerja. Dalam duk fikirkan macam mana nak selesaikan masalah taknak bagi aku sentiasa risau tentang anak. Bukan apa, aku kerja full day, masuk jam 9 pagi balik jam 6 petang dan sabtu kekadang kerja. Suami pula ketika tu masih kerja swasta dan full

Usah menjadi seorang yang sombong

Imej
Wahai sahabat, Perlukah kita menjadi sombong untuk dibanggakan? Tidak sahabat... Jangan kerana kamu rasa kamu teramat mulia kamu manusia paling sombong di muka bumi ini. Setiap manusia melalui beberapa fasa atau peringkat untuk membesar iaitu fasa kanak-kanak, fasa persekolahan, fasa universiti, fasa pekerjaan, dan fasa kekeluargaan. Setiap manusia yang panjang umurnya pasti melalui fasa-fasa tersebut. Dan tak semua manusia melalui fasa yang sama di umur yang sama. Melihat kepada fasa-fasa tersebut fasa kanak-kanak adalah fasa yang manusia tak pernah kenal erti sombong ketika dahulu. Sejak dulu, kanak-kanak di dunia saling cuba mengenali diri mereka dan diri orang lain ketika melalui proses tumbesaran. Malah, walaupun mereka mempunyai ibu bapa yang sombong sekali pun mereka masih akan bercakap dengan sesiapa bila ditanya kerana kanak-kanak mempunyai satu perasaan ingin tahu yang tinggi. Keadaan manusia menjadi sombong apabila berada di fasa universiti, pekerjaan dan keke

Kata-kata indah buat adik-adik Kak La

Imej
Buat yang terindah di dalam hati ini, Kak Syak, Kak Qoh, Kak Cik, Cah, Mayah & Abby, Tiada yang terindah selain kamu semua yang mencorakkan dunia ku. Aku harus bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana menjadikan aku sebahagian antara kamu semua. Darah yang mengalir dalam tubuh kamu semua adalah sama dalam tubuh ku. Aku gembira kerana wujud kamu semua untuk menghiburkan aku. Dalam kenangan membesar bersama ada suka dan ada duka. Tetapi semua itu adalah kenangan terindah buat diri ku. Lewat usia ini yang sudah mencecah 30 an. Aku melihat kamu semua membesar di depan mata. Melihat ibu bapa kita tua meniti usia. Aku sayang kamu semua, aku tahu kamu semua kuat untuk menghadapi segala musibah dan ujian dalam hidup ini. Aku selalu memandang tinggi dengan sikap kamu semua kerana setiap masalah yang datang sekali pun, kita tetap bersama. Apa jua sekali pun berlaku kita tetap ketawa dan menangis bersama. Sabarlah wahai kamu semua. Pasti ada hikmah