Kirimankan utusan ini kepada Tuhan
Assalamualaikum Abah
Hari ini anak abah halau su
Sebenarnya bukan itu tujuannya ke mari
Mungkin tiada tempat nak mencerita masalah selain di sejadah
Umur pun dah tua, anak pun dah dua
Rasa malu nak kongsi dengan sesiapa
Mengingatkan abah orang yg paling dekat dengan Tuhan
Sampaikanlah luahan ini kepada Tuhan
Tak tahulah kenapa dengan diri ini
Sedih melihat diri sendiri
Hati ini tak pernah bahagia
Cuma menjalankan kehidupan harian biasa
Teringin nak jadi suhaila yang dulu
Bukan seperti ini
Tak tahu apa yang merasuk jiwa ini
Keadaan selalu tertekan dan tak dapat nak maafkan apa yang telah berlaku selama ini
Abah, kalaulah abah tahu apa yg anak abah buat pada su
Sakit dia hanya Allah tahu
Tapi mungkin salah su juga
Sebab tak menjadi isteri yg baik
Tak berlaku baik pada dia
Menjadi ibu bukanlah mudah
Kesian cucu cucu abah dapat ibu yang jahat macam ni
Terkilan kerana ingatkan dia mampu berubah
Namun, sejak perkahwinan sehingga sekarang dia tetap orang yang sama sebelum berkahwin
Tapi macam su cakap, semuanya salah su
Sebab percaya dia akan berubah
Rupanya tidak
Salah su
Semua salah su
Maafkan su
Ulasan