Pilihan

Hidup ada pelbagai pilihan
Sebab tu orang cakap perkara paling susah adalah membuat pilihan
Kerana manusia hanya mahu suatu yang sempurna
Konon!
Walau bagaimana pun hidup memang kena memilih
Tak boleh nak telan semua
Nanti jadi hantu
Meroyan tak tentu pasal
Mula salahkan orang lain jer kerja kau nanti
Apa boleh kita buat
Redha dalam pilihan hidup
Kalau salah sekalipun
Anggap ia adalah ketentuan atau menebus dosa lalu
Biasalah tu ujian hidup

Sekarang ni aku kena pilih
Samada nak kahwin atau tidak
Kahwin tu kan baik
Ada juga orang nak jaga kita
Dari hidup merapu tak tentu hala
Tapi berkahwin dengan perasaan yang kosong
Ibarat kena kahwin paksa plak
Macam cerita dulu kala
Keluarga tentukan semua
Tiada pilihan, kahwinlah si anak
Hahahahaa..
Itu zaman bila tu
Tapi mak cakap itu semua ujian
Setan kan tak suka tengok orang nak dirikan masjid
Maka wujud perasaan itu ini
Yelaaa.. Gila tak perasaan ini
Aku dah berapa kali 'Apa kata pulangkan balik cincin tu'
OMG opss tukar OMA (oh my Allah)
Apa aku fikirkan ni
Celaru gila

Kenapa?
Perasaan pada orang lain ke?
What??????
OMA
No..
Orang kata 'Please buat solat istiharah'
Doa banyak-banyak
Tet..................

Sekarang dah buat pilihan
Terima segalanya
Aku tengok tiada selain dia yang baik dengan aku
Sejahat dia, jahat lagi aku
Kalau dia nak kahwin dengan aku
Kira dia sayang aku lagi la kan
Takkan aku nak tukar fikiran hanya kerana perasaan celaru

Tiada apa yang perlu diubah
Perasaan itu hilang
Tapi kita boleh cuba selepas berkahwin kan
Bercinta selepas berkahwin??
Aku pernah bercinta sakan dah dengan mamat tu
Lepas tu hilang entah ke mana
Sekarang nak suruh cari balik??
Tentulah tidak
Biar ia datang sendiri jer
Yang penting sekarang
Hubungan suami isteri itu adalah bekerjasama antara satu sama lain
Untuk memenuhi kehendak hidup di dunia
Membesarkan zuriat bersama
Dan menjaga satu sama lain sehingga tua
Bersusah bersenang bersama

Mungkin
Mungkinlah
Mungkin juga

Itulah makna Cinta..

=')

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aura Maya vs SF Beauty

Harga dealer Sf Beauty

Bermalam di Farm Ville Cafe & Homestay