Saat dan ketika ini terasa teramat

Orang kata tiada rezeki..
Menjadi manusia bukan mudah..
Banyak benda kena sabar..
Aku tahu aku sangat kerdil disisi mereka..
Apatahlah lagi untuk bersuara..

Pemberian adalah satu anugerah..
Tetapi jika aku tidak menerimanya..
Maka usaha cuma tidak berbaloi..

Dulu ketika aku masih bujang..
Mereka sanjung aku..
Bonus diberi..
Insiantif diberi..
Bila aku sudah berkahwin..
Tak kala sudah berbadan dua..
Mereka sisih aku..
Pulaukan aku..

Kesilapan aku juga..
Kerana ketika alahan aku terlalu manja..
Cuti terlalu kerap..
Mereka melihat kelemahan aku..
Aku cuba bangkit dan bekerja semula..
Tapi sayang..
Mereka menilai aku hanya untuk berberapa hari..
Setahun itu sia-sia..
Manusia kan..
Yang jahat itu mereka ingat..
Yang baik dilupakan..

Tidak apala..
Bekerja di syarikat cina bukan nak rasis..
Malah aku sanjung kerajinan mereka mengejar duit dunia..
Mungkin bukan tempat aku disini setelah mengandung..
Mereka rasa aku tidak diperlukan lagi..
Kerana ramai peganti aku menanti diluar sana..

Sayu hati ini..
Aku suka bekerja..
Tapi mereka nak buang aku..
Apa aku boleh buat..
Aku faham..
Siapa mahu bayar gaji buta ketika aku berpantang nanti..
Dengan tiada bonus untuk aku..
Adalah peluang untuk mereka menerima surat perletakkan jawatan aku..
Biasalah..
Pelakon terbaik dunia adalah bos..

Manusia,,
Tahuilah syarikat yang kamu akan bekerja..
Pilihlah yang menjamin kebajikan kamu..
Jangan bekerja denga syarikat yang hanya mahukan tenaga kamu ketika sihat sahaja..
Dan membuang mu ketika sudah lumpuh tanpa belas kasihan..

YWC Structures Sdn Bhd..
Tidak mengapa..
Aku sentiasa sabar ketentuan ini..
Aku nampak corak permainan mu..
Dan aku ketahui sejarah mu dengan kebajikan pekerja..
Sudah hampir 3 tahun bersama mu..
Sudah banyak pekerja kau lakukan sebegitu..
Cuma aku masih menunggu hari aku disini..
Kerana itu aku sedikit pun tidak marah ketika kamu melakukan seperti ini pada ku..
Aku yakin..
Tuhan mengantikan sesuatu yang lebih baik buat aku..

Nurkilan,
Site Supervisor pencen

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aura Maya vs SF Beauty

Harga dealer Sf Beauty

Bermalam di Farm Ville Cafe & Homestay