Hadapi dengan senyuman =')

Assalamualaikum ^_^//

Saya nak mengadu pada semua yang saya dah penat nak makan dan cuba pelbagai jenis ubat yang berkhasiat untuk tubuh saya ni.. T_T sudah 5 tahun saya tanggung semua ni.. sudah 5 tahun juga saya simpan rahsia ni.. Saya tahu ia memang susah untuk diterima terutama buat diri saya sendiri..

Waaaaa.. kenapa aku.. T_T
(saiz 3cm x 1.6cm, nama penyakitnya biar aku je yang tahu)


****************************************
Tahun 2007 aku dapat berkawan dengan penyakit ni.. mula-mula dulu bukan main benci lagi.. macam musuh jer.. haha.. masa tu aku ingat lagi saiznya kecik jer.. bawu lahir kan.. hehehe..

Lepas tu sehingga laa tahun 2009.. baru aku rasa rimas giler r ngan benda alah tu.. dalam fikiran aku.. nak buang ke tak.. bahaya ke?? nak bagitahu umi ke tak?? kanser ker?? aduiiiii.. masa tu Allah swt jer tahu perasaan aku.. yelaa bukan senang nak bagitahu orang lain kan.. lagi satu kalau pergi hospital tetiba disahkan kanser.. luluh terus rasa hati masa tu.. T_T

Oleh sebab tak tahu nak buat apa.. aku bagitahu laa parents aku tentang ni.. lepas tu dowang plak yang risau terlebih-lebih.. aku boleh plak rilek jer.. sebab time tu gak doktor kata ia bukan kanser.. Alhamdulillah.. =) rasa tersenyum sikit hati aku masa tu..

Tapi benda tu tak la besar mana pun kalau nak dibandingkan dengan sekarang.. bila semakin tahun semakin besar.. buat aku jadi risau sangat.. dah laa banyak benda lain nak pikir lagi.. masalah rumahtangga lagi (walaupun rumah aku takda tangga).. tension gak laa kadang-kadang.. nasib baik tak giler jer..

Duit beli ubat untuk aku yang sakit ni mengalir macam air jer.. kesian abah.. sejak tinggal di Selangor lagi.. tapi masa tu aku di Matrikulasi Pahang.. puas pegi mana-mana hospital besar dah..  Hospital lanjutan adalah Hospital Bainun Ipoh.. setahun gak pergi berurusan di sana sampai aku naik bosan..

Ada sekali tu aku pergi buat ujian untuk mengetahui ketumbuhan itu sejenis kanser atau tidak.. So Doktor tu ambik sampel isi.. Ya Allah.. Subhanallah.. sakitnya.. jarum bapak besar.. dia cucuk.. sedut isi tu.. menitis air mata masa tu.. tapi punya la kuat aku masa tu.. aku tak jerit pun.. tangan aku kemas jer pegang nurse tu..


 Jarum ni laaa... sejibik.. nasib baik aku jumpa gambar ni kat Mr Google.. Besar kan?? Best giler kena inject guna ni.. nak nak tak kena bius plak tu.. separuh mati aku rasa time tu tau.. T_T

Serius laa.. lepas tu aku terus demam.. lesu giler masa tu.. yang tahu perkara ni cuma family aku jer.. orang yang terdekat ngan aku masa tu pun tak tahu menahu.. T_T
Lepas tu dua tahun aku tak ke mana-mana hospital cuma ke pakar jer untuk cari penawar.. ubat yang paling mahal aku penah ambil iaitu yang berharga Rm470 sebulan.. yang sekarang laa.. before ni ada set terapi bunga-bungaan tu yang dari luar negara tu harga RM200++.. then banyak lagi laa.. tu tak termasuk ubat seperti walit, madu macam-macam lagi laa.. semua jenis makanan khasiat aku telan.. hahaha.. sabor jelaa.. punya nak sihat kan..

Mesti ramai tertanya kenapa aku tak pergi cuba perubatan secara Islam kan???

Actually aku dah puas pergi jumpa banyak ustaz n ustazah dah.. puas minum air tawar bagai dah.. macam-macam usaha laa.. tapi tetap duk situ jela benda tu.. bomoh-bomoh yang handal pun aku dah terjah.. hahaha..  sampai ada kata aku ni kena sampuk masa masuk hutan Gambang.. kelakar giler jer rasa.. =P

Masa aku di Uni.. umi aku selalu call.. tiap kali call dia tanya laa aku.. "La.. sakit ker??" selalu laa tanya.. aku jawab laa "kadang-kadang rasa berdenyut" bila aku jawab gitu.. mula laa umi risau suh gi bedah.. benda selalu aku jawab "yer.. nanti laa.."

Even aku nampak tenang selalu.. tapi fikiran aku sebenarnya serabut dengan masalah ni.. aku jadi benci sangat.. sehingga aku benci diri sendiri.. andai laa aku boleh jadi orang lain.. T_T

Begitu sekali perasaan aku..

Dalam berperasaan begitu.. mereka-mereka di luar sana melihat aku dengan penuh senyuman jer.. macam orang kaya takda masalah.. ='D walaupun ianya disebaliknya.. aku pernah berkata dalam hati aku.. buat apa aku susahkan orang lain untuk menanggung sama derita yang aku terima ni.. aku sendiri dah cukup terseksa untuk terima semua ni.. ni kan orang lain yang begitu lemah tu..

Ada orang cakap aku garang sangat ~ sebab aku benci orang lemah buat keje
Ada orang kata gak aku ni manja sangat sebenarnya ~ sebab aku nak semua orang selesa untuk kenali aku
Ada orang kata aku ni pelik ~ sebab aku memang pelik dan kat dunia ni orang macam aku ni cuma ada satu jer
Dan ada orang kata lagi aku ni jahat sangat ~ sebab aku tak suka bagitahu masalah aku pada sesiapa =P

****************************************
Sebab tetiba aku nak ambil keputusan untuk buat operation tu :



3 minggu lepas kawan umi disahkan kanser =( Jadi, umi pun risau kat diri aku dan aku pun risau gak..


5 tahun dulu berat aku 60kg sekarang makin hari makin turun.. kalau aku puasa lagi laa boleh capai 49kg jer.. =(

Badan lesu giler.. macam tak cukup tenaga sangat.. Aku selalu rasa nak pitam bila aku tak minum air manis langsung.. dan aku cepat pening sekarang.. nak muntah selalu.. =(


Kekuatan aku hilang.. aku tak mampu nak angkat barang yang berat.. aku jugak mudah penat dan tak da mood kalau terlalu penat.. =(

Aku terlalu jaga kecantikan dan kesihatan diri.. aku takut kalau aku hilang semua tu dalam sekelip mata.. =(
****************************************
Sooo..
~ Bila duit dah cukup ~
(3000 mana ntah abah cekup)

Pilih pakar bedah swasta untuk rawatan yang teliti.. Aku bukan tak mahu kerajaan punya rawatan walaupun ianya percuma.. kalau di kerajaan mereka kadang-kadang buat kerja sambil lewa.. tapi bukan nak salahkan mereka jugak sebab pesakitnya ramai sangat.. Doktor berapa kerat jer.. 

Better aku pilih swasta untuk buang ketumbuhan tu.. aku suka tanya Doktor "macam mana lepas ni Doktor?? ok ke saya nanti??" Doktor kata.. "Ok jer.. jangan risau.. sikit jer.. parut pun tak nampak.." Giler suka aku.. "Yeay..." "Tapi doktor.. T_T saya ni jenis lekat parut.. parut jatuh motor ari tu tak ilang lagi" Doktor kata "Ohhh i see.. u ada keloid yer.. takpa.. dua tiga hari luka tu dah kering u letak plaster kat tempat luka tu.. nanti tak naik laa parut.." aku pun "yeaaaayyyyyy...." balik macam nak muaaxx muaaaxx Doktor India comey tu..

  

Before operate kena scan kali ke dua dan ambik darah.. Okie dah scan dah tadi.. Muka kena buat-buat ceria laaa.. =')




Last sekali ambik darah.. nak ambik gambar masa darah kena tarik tapi tangan tak cukup hahaha..

 ****************************************
Okey.. jom balik.. macam biasa laa.. ada driver sendiri sejak abah naik pangkat =P terima kasih yer abang Mizi hantar dan jemput saya dan umi tadi yer.. Abah tu meeting jer.. nyampah..


****************************************
Sepucuk surat buat sahabat sekalian =')

Saya akan masuk wad hari Khamis ni.. doakan saya yer ..
****************************************
Lepas operation.. aku ada misi baru.. kena minum susu yang mahal nak mampus tu.. pagi, petang dan malam.. tak leh miss.. pastu kena sambung minum walit n madu tualang asli tuh.. pastu lagi kena makan pil vitamin untuk dalaman plak.. Wooowww.. banyak tu nak kena makan.. lepas ni confirm badan aku sihat terlampau laa.. hahaha.. harap aku makin cun lepas operation hakhakhak.. (kesitu plak)

Bagi aku semua benda tu wajib sebab aku sangat menjaga kecantikan luaran dan dalaman diri aku ni.. terlalu jaga tu yang dapat penyakit bukan-bukan =P yang paling penting kebersihan diri tu nombor 1 ok!!
****************************************
Dalam hidup ini ada insan yang aku terlalu sayang selain keluarga ku sendiri.. 
kepada yang terasa tu.. 
khas buatmu..
Sayangku..  sungguhpun kita dah lama kenal.. tapi saya tak pernah menyusahkan awak kan.. =') walaupun saya pernah cakap saya sakit.. tapi saya tak manja seolah-olah mahukan belaian awak seorang jer kan.. saya faham keadaan awak dan saya tahu awak busy sangat dari dulu.. saya maafkan awak yang selalu abaikan saya tu.. saya maafkan awak yang selalu letak saya paling bawah dalam hidup awak.. saya maafkan awak yang selalu sakiti dan buat saya menangis tiap malam.. saya maafkan awak setiap kesalahan awak terhadap saya.. saya harap awak pun maafkan saya yang tidak sempurna seperti wanita lain.. tapi saya cuba untuk jadi yang paling terbaik dari wanita lain hanya untuk awak seorang.. dan yang paling sempurna di mata awak seorang.. 

Awak.. saya takut sangat awak.. saya tahu awak takkan datang hari tu.. saya kena hadapi sendiri lagi.. takpa.. saya dah biasa keadaan itu.. tapi.. saya harap dari jauh awak doakan saya selamat dan pulih sihat seperti biasa.. saya hanya perlukan sokongan awak dari jauh untuk saya rasa tenang di hari pembedahan tu nanti.. awak.. saya akan di bius tido.. saya harap saya dapat buka mata lagi dan ingat awak lagi..

Saya sayang awak sangat T_T

~ Sayang maafkan aku ~


****************************************
 Buat umi abah dan adik-adik semua.. budi baik kamu semua hanya boleh dibalas dengan nyawa diri ini sahaja.. Thanx a lot.. sayang kamu semua..

Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk baca sini =') 

Ulasan

hafizulhakim berkata…
sedihnya baca entry ni. kuatkan semangat awak. banyakkan berdoa pada Allah. Minta dipermudahkan semuanya. Saya doakan yg terbaik. Get well soon! :)
Tanpa Nama berkata…
Su, semoga cepat sembuh..yakinlah dan bermohonlah pada Allah...kerna setiap ujian itu tarbiah dari Nya...tabah kan hati and jgnlah sedih2 selalu...aku doakan untukmu... =)
Akma_cikyong berkata…
su,sedey jer baca en3 awk nie..huhu hope after operation awk sihat2 jer yer..smga cepat sihat yer..pas baca en3 awk nie,sy syukur sgt Allah kurnia kan saya sebegini rupa..kerana ramai lg insan yg tidak beruntung..ermmm..sedey =(
syafiq.afifi berkata…
semoga cik suhaila cepat sembuh n kembali cergas =)
JaMiLa berkata…
get well soon dear..apa-apa pun smua dah ditetapkan Allah, jgn salah kan takdir kerna stiap yg berlaku ade sebab nya yg kite xtaw..setiap dugaan yg diberi adalah kerna kasih syg Allah pada kite. apa-apa pun, kite doakan sue cpt2 sembuh..jgn lupa doa dan tawakkal yer..

Catatan popular daripada blog ini

Aura Maya vs SF Beauty

Harga dealer Sf Beauty

Bermalam di Farm Ville Cafe & Homestay