Catatan

Alahan hamil

Salam, Minggu lepas saya kena admit di KPMC Puchong, sebenarnya boleh jer pergi hospital kerajaan Putrajaya tapi keadaan saya yang agak teruk sehingga tak larat nak tunggu lelama kat hospital. Niat nak pergi hospital untuk jumpa doktor dan harap doktor boleh bagi ubat tahan muntah pada alahan teruk aku ni..  Stress nya alahan.. Allah sahaja tahu.. Dalam hati selalu terdetik, banyak sangat dosa aku ni sebab tu aku rasa sakit-sakit macam ni.. Kalau nak cerita pasal alahan aku, aku muntah tiap jam, minum air pun muntah, tekak rasa loya sesangat, tak rasa nak makan apa-apa.. cuma rasa sakit kat perut sebab asyik muntah.. semua benda aku muntah sampai asid dalam perut pun aku muntahkan..  Semua orang pesan makan kurma, roti, kismis, minum air zam zam dan buah-buahan yang boleh bagi tenaga untuk badan kita, kalau muntah balik pun tak pela.. aku pun ikutlah cakap semua orang terutama suami. Suami sampai marah-marah sebab aku tak kuat.. macam mana nak jadi ibu.. wak...

Anak Ibu

Imej
Anak, Kuatlah dikau di dalam ni.. Ibu tahu ibu tak sekuat ibu-ibu lain menahan alahan ini.. Cubalah anak kuat untuk ibu.. Lahirlah dengan sihat dan sempurna ya.. Kesian ibu asyik kena marah dengan abi sebab tak kuat.. Sabarlah wahai anak.. Membesarlah dengan baik.. Ibu,

Selamat ulang tahun ke 27

Imej
15.4.15 Dah 27 tahun dapat hidup di bumi Allah yang indah ini. Takda apa hadiah yang istimewa pun.. Cuma syukur menyambut hari kelahiran sebagai seorang isteri dan ibu.. Terima kasih Allah..

Hashtag syafiqsuhaila

Imej
13.3.2015

Kiss proof murah

Imej
Kissproof lipstick yang tengah femes giler!!!!! jom borong masa GST!!! - Tahan lama - Kalis air (tak lekat pada gelas minum) - Matte - Tak berkilat - Sangat natural dan cantik bila pakai - Tak berbau - Warna yang cantik Hubungi saya : Saila (013-754 9240) Instagram : sailakosmetik Facebook : https://www.facebook.com/pages/Siti-Suhaila-Contemporary/147937705295773?ref=hl

Berakhir

Terima kasih kerana hadir untuk cinta ini Menghitung hari yang akan berakhir Tak lama lagi..

Datang untuk seketika

Imej
Hari itu pasti datang Seperti ombak dari pantai Sebaik kita cuba elak Ia takkan terhenti Kiranya kau di sana bahagia Doakan jua kebahagiaan ku Tak siapa duga apa yang tersirat Kita erti dan faham Maka jadikan kenangan

Lelaki huruf A hingga Z

Oh man (kata dalam bahasa orang putih) Oh lelaki la sebab kita orang Melayu kan.. Memang mereka sama subjek Bukan.. Jangan salah faham plak.. Aku maksudkan lelaki yang hadir dalam hidup aku sama.. Bezanya cuma ada pada nama.. Apa-apa pun aku doakan korang semua bahagia.. Jangan salahkan aku plak kalau korang terlepas aku.. Peluang hanya sekali.. Hahahahaaa.. Perasan! Mood : Kahwin cecepat jalan terbaik k

Pilihan

Hidup ada pelbagai pilihan Sebab tu orang cakap perkara paling susah adalah membuat pilihan Kerana manusia hanya mahu suatu yang sempurna Konon! Walau bagaimana pun hidup memang kena memilih Tak boleh nak telan semua Nanti jadi hantu Meroyan tak tentu pasal Mula salahkan orang lain jer kerja kau nanti Apa boleh kita buat Redha dalam pilihan hidup Kalau salah sekalipun Anggap ia adalah ketentuan atau menebus dosa lalu Biasalah tu ujian hidup Sekarang ni aku kena pilih Samada nak kahwin atau tidak Kahwin tu kan baik Ada juga orang nak jaga kita Dari hidup merapu tak tentu hala Tapi berkahwin dengan perasaan yang kosong Ibarat kena kahwin paksa plak Macam cerita dulu kala Keluarga tentukan semua Tiada pilihan, kahwinlah si anak Hahahahaa.. Itu zaman bila tu Tapi mak cakap itu semua ujian Setan kan tak suka tengok orang nak dirikan masjid Maka wujud perasaan itu ini Yelaaa.. Gila tak perasaan ini Aku dah berapa kali 'Apa kata pulangkan balik cincin tu...

Jangan dihina diri yang sudah hina

Jika rasa diri ini sungguh keji Tidak usah dihina Aku datang tanda silaturahim Bukan sebagai musuh dalam selimut Siapalah aku untuk mengecapi bahagia seorang diri Keji sungguhkah aku melihat kau menderita Sedangkan aku masih punya harapan Salahkah aku berikan kau harapan sebagai teman Yang pernah lalui hidup bersama Sahabat baik dunia ahkhirat Tuhan marah ke Jika aku hanya dianggap hina Biar aku kuburkan rasa ini