Usah menjadi seorang yang sombong
Wahai sahabat, Perlukah kita menjadi sombong untuk dibanggakan? Tidak sahabat... Jangan kerana kamu rasa kamu teramat mulia kamu manusia paling sombong di muka bumi ini. Setiap manusia melalui beberapa fasa atau peringkat untuk membesar iaitu fasa kanak-kanak, fasa persekolahan, fasa universiti, fasa pekerjaan, dan fasa kekeluargaan. Setiap manusia yang panjang umurnya pasti melalui fasa-fasa tersebut. Dan tak semua manusia melalui fasa yang sama di umur yang sama. Melihat kepada fasa-fasa tersebut fasa kanak-kanak adalah fasa yang manusia tak pernah kenal erti sombong ketika dahulu. Sejak dulu, kanak-kanak di dunia saling cuba mengenali diri mereka dan diri orang lain ketika melalui proses tumbesaran. Malah, walaupun mereka mempunyai ibu bapa yang sombong sekali pun mereka masih akan bercakap dengan sesiapa bila ditanya kerana kanak-kanak mempunyai satu perasaan ingin tahu yang tinggi. Keadaan manusia menjadi sombong apabila berada di fasa universiti, pekerjaan dan keke...