Salam, Minggu lepas saya kena admit di KPMC Puchong, sebenarnya boleh jer pergi hospital kerajaan Putrajaya tapi keadaan saya yang agak teruk sehingga tak larat nak tunggu lelama kat hospital. Niat nak pergi hospital untuk jumpa doktor dan harap doktor boleh bagi ubat tahan muntah pada alahan teruk aku ni.. Stress nya alahan.. Allah sahaja tahu.. Dalam hati selalu terdetik, banyak sangat dosa aku ni sebab tu aku rasa sakit-sakit macam ni.. Kalau nak cerita pasal alahan aku, aku muntah tiap jam, minum air pun muntah, tekak rasa loya sesangat, tak rasa nak makan apa-apa.. cuma rasa sakit kat perut sebab asyik muntah.. semua benda aku muntah sampai asid dalam perut pun aku muntahkan.. Semua orang pesan makan kurma, roti, kismis, minum air zam zam dan buah-buahan yang boleh bagi tenaga untuk badan kita, kalau muntah balik pun tak pela.. aku pun ikutlah cakap semua orang terutama suami. Suami sampai marah-marah sebab aku tak kuat.. macam mana nak jadi ibu.. wak...