Buat Suhaila

Suhaila.. Kenapa kau bersedih Sedangkan Allah sedang menguji mu Niat mu murni besar hajatnya Tapi mereka tak suka sebuah silaturrahim Anggapan mereka yang tertutup itu tetap tertutup Yang menyusahkan itu terus menyusahkan hidup mereka Sedangkan mereka lupa Allah jadi manusia semua sama disisiNya Tak usahlah kau membenci mereka Kau cermin diri kau sama seperti mereka cermin diri mereka Tetap nampak kau hanya manusia biasa Dan mati tetap bertemu Allah Suhaila.. Pujuk hatimu sendiri Bukan salahmu ditemukan orang-orang sebegitu Untuk kau tahu manusia itu pelbagai ragam Rambut sama hitam tapi belum tentu baunya harum Mungkin kau penyedar buat mereka Kerana walaupun dihina, kau tetap tidak hina kembali Kau sudah cuba lafazkan apa kau rasa Allah lihat kau berusaha untuk cuba sedaya upaya Untuk orang faham apa yang kau cuba sampaikan Tapi mereka keras jiwa dan ego Kata-kata kau hanya makanan ringan bagi mereka Setelah mak...