Catatan

Iri hati dengan zuriat

Terasa ke.. Maaf la dengan tajuk yang melampau berbangga kan.. Harap dengan tertulis catatan ini.. Masing-masing faham dengan ketentuan masing-masing nanti.. Memang diakui rezeki mendapatkan zuriat dengan cepat tidak pun dirancang.. Paling tak sangka orang panggil bunting pelamin.. Tapi tidakla ketika naik pelamin dah ada baby dalam perut ni ha.. Waktu tu penuh makanan jer.. hahaha.. Kenduri dua-dua belah pihak memang sangat penat wuuuu.. Kalau boleh nak abiskan majlis dan rehat serta tidur.. Bagi aku takdala gelojoh sangat nak menikmati malam pertama tu kan.. Opss.. Usia kandungan aku memang mengelirukan ramai orang.. yela.. Apa tak nya.. seusia berapa hari aku dah berkahwin.. Ingat orang tak tanya ke soalan pelik-pelik pada aku?? Nak nak aku kerja syarikat Cina.. Pandangan dorang macam aku mengandung dulu baru kahwin.. Amboiiii.... sabor jela dengan soalan-soalan gitu.. Astagfirullahalzim.. Kebetulan sebelum akad nikah aku datang period lamb...

Dengar bunyi jantung anak ibu

7.5.15 Anak, Semalam ibu pergi check up dengan doktor dekat kpmc puchong lagi.. Macam biasa doktor buat ultrasound scan perut ibu.. Masa 1st scan dulu ibu ingat lagi cuma nampak 1 tompok bulat jer.. kecil.. Sekarang dah 2 bulan usia anak ibu.. Scan dah ada jantung, muka dan badan.. Masih belum sempurna sifatnya tapi anak membesar dengan baik.. Semalam abi tak teman jadi dia tak dapat tengok.. Abi kerja, takpela.. Nanti bulan depan check lagi ibu minta abi temankan ye.. Anak, Doktor Aishah bagi ibu dengar jantung anak berdegup.. Laju bunyinya.. macam tak percaya ada jantung anak dalam perut ibu.. Sekarang ibu ada 2 jantung nak kena jaga la.. hehe.. Hebat tak kuasa Tuhan??.. Ibu tak sabar nak tahu anak punya jantina.. Ibu tak kesah pun anak apa-apa tapi ibu pening la nak letak nama hebat dekat anak ibu ni.. Jadi, anak.. Membesarlah dengan sihat dan sempurna.. Anak kena rajin belajar sampai pandai membaca.. Sebab suatu hari nanti ibu nak anak baca nukilan ibu ni.....

Alahan hamil

Salam, Minggu lepas saya kena admit di KPMC Puchong, sebenarnya boleh jer pergi hospital kerajaan Putrajaya tapi keadaan saya yang agak teruk sehingga tak larat nak tunggu lelama kat hospital. Niat nak pergi hospital untuk jumpa doktor dan harap doktor boleh bagi ubat tahan muntah pada alahan teruk aku ni..  Stress nya alahan.. Allah sahaja tahu.. Dalam hati selalu terdetik, banyak sangat dosa aku ni sebab tu aku rasa sakit-sakit macam ni.. Kalau nak cerita pasal alahan aku, aku muntah tiap jam, minum air pun muntah, tekak rasa loya sesangat, tak rasa nak makan apa-apa.. cuma rasa sakit kat perut sebab asyik muntah.. semua benda aku muntah sampai asid dalam perut pun aku muntahkan..  Semua orang pesan makan kurma, roti, kismis, minum air zam zam dan buah-buahan yang boleh bagi tenaga untuk badan kita, kalau muntah balik pun tak pela.. aku pun ikutlah cakap semua orang terutama suami. Suami sampai marah-marah sebab aku tak kuat.. macam mana nak jadi ibu.. wak...

Anak Ibu

Imej
Anak, Kuatlah dikau di dalam ni.. Ibu tahu ibu tak sekuat ibu-ibu lain menahan alahan ini.. Cubalah anak kuat untuk ibu.. Lahirlah dengan sihat dan sempurna ya.. Kesian ibu asyik kena marah dengan abi sebab tak kuat.. Sabarlah wahai anak.. Membesarlah dengan baik.. Ibu,

Selamat ulang tahun ke 27

Imej
15.4.15 Dah 27 tahun dapat hidup di bumi Allah yang indah ini. Takda apa hadiah yang istimewa pun.. Cuma syukur menyambut hari kelahiran sebagai seorang isteri dan ibu.. Terima kasih Allah..

Hashtag syafiqsuhaila

Imej
13.3.2015

Kiss proof murah

Imej
Kissproof lipstick yang tengah femes giler!!!!! jom borong masa GST!!! - Tahan lama - Kalis air (tak lekat pada gelas minum) - Matte - Tak berkilat - Sangat natural dan cantik bila pakai - Tak berbau - Warna yang cantik Hubungi saya : Saila (013-754 9240) Instagram : sailakosmetik Facebook : https://www.facebook.com/pages/Siti-Suhaila-Contemporary/147937705295773?ref=hl

Berakhir

Terima kasih kerana hadir untuk cinta ini Menghitung hari yang akan berakhir Tak lama lagi..

Datang untuk seketika

Imej
Hari itu pasti datang Seperti ombak dari pantai Sebaik kita cuba elak Ia takkan terhenti Kiranya kau di sana bahagia Doakan jua kebahagiaan ku Tak siapa duga apa yang tersirat Kita erti dan faham Maka jadikan kenangan

Lelaki huruf A hingga Z

Oh man (kata dalam bahasa orang putih) Oh lelaki la sebab kita orang Melayu kan.. Memang mereka sama subjek Bukan.. Jangan salah faham plak.. Aku maksudkan lelaki yang hadir dalam hidup aku sama.. Bezanya cuma ada pada nama.. Apa-apa pun aku doakan korang semua bahagia.. Jangan salahkan aku plak kalau korang terlepas aku.. Peluang hanya sekali.. Hahahahaaa.. Perasan! Mood : Kahwin cecepat jalan terbaik k