Assalamualaikum Abah Hari ini anak abah halau su Sebenarnya bukan itu tujuannya ke mari Mungkin tiada tempat nak mencerita masalah selain di sejadah Umur pun dah tua, anak pun dah dua Rasa malu nak kongsi dengan sesiapa Mengingatkan abah orang yg paling dekat dengan Tuhan Sampaikanlah luahan ini kepada Tuhan Tak tahulah kenapa dengan diri ini Sedih melihat diri sendiri Hati ini tak pernah bahagia Cuma menjalankan kehidupan harian biasa Teringin nak jadi suhaila yang dulu Bukan seperti ini Tak tahu apa yang merasuk jiwa ini Keadaan selalu tertekan dan tak dapat nak maafkan apa yang telah berlaku selama ini Abah, kalaulah abah tahu apa yg anak abah buat pada su Sakit dia hanya Allah tahu Tapi mungkin salah su juga Sebab tak menjadi isteri yg baik Tak berlaku baik pada dia Menjadi ibu bukanlah mudah Kesian cucu cucu abah dapat ibu yang jahat macam ni Terkilan kerana ingatkan dia mampu berubah Namun, sejak perkahwinan sehingga sekarang dia tetap orang yang sama sebelum berkahwin Tapi...