Hidup ada pelbagai pilihan Sebab tu orang cakap perkara paling susah adalah membuat pilihan Kerana manusia hanya mahu suatu yang sempurna Konon! Walau bagaimana pun hidup memang kena memilih Tak boleh nak telan semua Nanti jadi hantu Meroyan tak tentu pasal Mula salahkan orang lain jer kerja kau nanti Apa boleh kita buat Redha dalam pilihan hidup Kalau salah sekalipun Anggap ia adalah ketentuan atau menebus dosa lalu Biasalah tu ujian hidup Sekarang ni aku kena pilih Samada nak kahwin atau tidak Kahwin tu kan baik Ada juga orang nak jaga kita Dari hidup merapu tak tentu hala Tapi berkahwin dengan perasaan yang kosong Ibarat kena kahwin paksa plak Macam cerita dulu kala Keluarga tentukan semua Tiada pilihan, kahwinlah si anak Hahahahaa.. Itu zaman bila tu Tapi mak cakap itu semua ujian Setan kan tak suka tengok orang nak dirikan masjid Maka wujud perasaan itu ini Yelaaa.. Gila tak perasaan ini Aku dah berapa kali 'Apa kata pulangkan balik cincin tu'